Khamis, 17 April 2014

ASSALAMUALAIKUM SEMUA. RI NI AKU NAK CREATE LAGI CERITA PENDEK O SINOPSIS OK.

CINTA KEDAI ROTI


"wah kacaknya lelaki tu", terpesona Ayu melihat lelaki yang berkemeja seperti orang bekerja di gerai roti itu.
"eh, mata kau. pantang nampak je lelaki kacak, dah jom bayar, jangan gedik pula ok.", balas Mia yang sama melihat lelaki itu.
"mm", kacau ja minah ni.
"RM 9.30 sen dik", ujar perempuan yang menjaga kaunter itu pada ayu.
'emm, asal mamat tu tengok aku je ni, hai pelik aku. aku beli banyak sangat ke, lantak lah atau ada apa-apa yang pelik kat aku ni?', bisik hati kecil Ayu sambil tersenyum. Mengeletar Ayu tatkala lelaki itu melihatnya.
Mia pula telah pun keluar terlebih awal dan menunggu di motor.
"mia! mamat tu tengok aku la tadi! hihi seronok aku!", beritahu Ayu kepada Mia. 
"hmm, dah jom, jangan gedik sangat nanti orang perasan, oh, mamat tu naik kereta satria merah hati tu", bisik Mia tatkala Ayu menekan gear untuk bergerak.
"eh Mia, mamat tu kacak la dan aku tengok dia beli tart macam dengan aku hihi bestnya, entah-entah dia usha aku dari tadi tak?", beritahu Ayu pada Mia.
"eh, ye la tu.. hahaha aku rasa dia dan kau sama-sama ja kedekut! tengok lah dia beli apa ja tadi?", balas Mia sambil disambut ketawa yang sinis.
"eh minah ni kan.. ye aku tahu dia beli tart dua jenis then cookies chip chocolate and maybe anggaran dia RM 3 ringgit lebih.", balas Ayu sambil memerlahankan minyaknya.
Tatkala dalam perjalanan, Ayu membaca surah-surah (Al-Kafirun, Al-Nas, Al-Ikhlas).Pelik juga kenapa tiba-tiba dia membaca. Tapi tidak mengapa dia tenang tatkala membacanya. 
Saat Ayu mahu menukar lorong dengan perlahan motornya, tiba-tiba ada sebuah kereta Proton Waja warna Silver meluncur sebelahnya! nyaris Ayu dan Mia maut!
Sekarang Ayu menjadikan iktibar bahawa apa yang kita buat mestilah kerana Allah S.W.T. dan Rasul serta Agama Islam.
Saat itu Ayu dan Mia begitu berhati-hati tatkala membawa kenderaan.

Selang beberapa hari, Ayu sering berkunjung ke kedai roti itu, hihi. manatahu dapat berjumpa lelaki kacak itu lagi..
"ALA.. asal aku datang je dia tak da", bebel hati kecil Ayu.

Ayu seorang gadis yang simple, apabila datang ke kelas je pakaiannya hanyalah T-shirt labuh dan seluar jeans ikut kakinya, jika tshirt itu sendat, seluarnya mesti besar. Dia amatlah menjaga penampilan dirinya dan kebersihan. Rambutnya hanya diikat rapi dan berkasut sport atau sneekers. Di dalam kelas, dialah yang cerdas dan tidak tahu malu. Semua orang dia berkawan. Tak kira lelaki atau perempuan. Ayu juga anak kepada Puan Rosnah dan Encik Zamri. Nama sebenarnya adalah Ayu Diana binti Zamri.


Berlainan pula pada Mia, gadis yang perwatakannya yang ayu dan perwatakan menarik. Anak kepada seorang guru, Encik Faizal dan Puan Anita. Mia amat menjaga penampilan dirinya. Dia juga seorang gadis yang cantik. Personalitinya juga amat bergaya dan mengikut fesyen terkini. Apabila di dalam kelas dia lah yang Ayu jaga kerana Mia ini banyak peminat.

"Ayu! kau termenung apa?", sampuk Mizan rakan sekelas Ayu. (Ayu masih dengan lamunannya)
"YUYUI!", Azim terus membaling roket kertasnya dan 'pap' atas dahi Ayu.
"hoi! agak-agak ar, kacau line betul korang ni! pe hal?" terus ayu tersentap dengan lamunannya dan menutup bukunya.
"amboi garang minah senget ni yew", usik Saiful rakan sekelas Ayu.
"alah, dia berangan mamat handsome tempoh hari"balas Mia dengan selamba lalu Ayu menutup mulutnya Mia dengan buku tebal di hadapannya itu.
"mmmmm", meronta-ronta Mia minta dilepaskan.
Lalu Mia menceritakan pada rakan-rakan sekelasnya yang lain. Malu seketika Ayu.

"YU, apakata kau tukar imej nak?", ujar Shahila teman serumah Ayu dan Mia kepada Ayu
"imej ape, aku kan dah cantik, hahaha", balas Ayu dengan riaknya sambil ketawa-tawa.
'buk' Mia mengetuk perlahan kepala Ayu dengan buku ditangannya.
"kau ni Mia.. semakin berani, aku campak kau dalam lautan hindi baru kau tahu", kembang kempis hidung Ayu tatkala terkejut dengan ketukan asmara Mia.
"kau jangan, ok i'm sorry", balas Mia sambil disambut ketawa rakan-rakan yang lain.
"ala Ayuyui sayang, Imej kau lah..", balas Nadia.
"ha'ah, esok kita tak de exam so kita gi shopping, aku tahu duit kau masih banyak. lagipun kita kat sini tinggal 4 hari je, lepas tu entah jumpa ke tak", sampuk Mia sambil memberikan idea bernas pada rakan-rakannya.
"malaslah", Ayu.
"jom!", arah Mia sambil menjegilkan matanya yang macam buaya itu.

Tatkala hati terakhir mengambil paper akhir bagi menghabiskan ijazahnya, Ayu menukar penampilannya dengan memakai baju yang berfesyen dan kain kembang yang cantik. Terpukau lelaki tatkala melihat Ayu.
"Yoyo, cantiknya kau!", Zahid bersuara.
"haha. mau tau ar, ni cingu-cikgu aku", tunjuk Ayu akan cikgu-cikgu yang mempersiapkannya, Nadia, Mia, Shahila, Fiza, Admira.

1 1/2 TAHUN KEMUDIAN...

-FENDI-

"Haaa.. segarnya udara mak! mak ayah, doakan Ayu ya..", salam Ayu dengan ibubapanya. Hari ini adalah hari pertama Ayu masuk kerjanya. Walaupun tempat kerjanya kecil tetapi ia pasti membawa kejayaan yang besar.
"ya Yu, mak ayah doakan, sampai office nanti bagitau mak ya nak", Ibu ayu bersuara.

"hai, Assalamualaikum, saya Ayu", pekenalkan Ayu pada rakan sekerjanya.
'haaaa, handsomenya mamat tu', bisik hati kecil Ayu.
Ayu memulakan kerjanya dengan Bismillah dan ceria sekali.
Saat disana, dia terpaut dengan lelaki itu yang bernama Fendi atau Effendy Rahman.
Ayu mula menyukai lelaki itu. 

Berbulan bekerja disana, akhirnya Ayu menjadi rapat dengan semua orang ditempat kerjanya kecuali Fendi.
"Fendi", Ayu pergi dekat Fendi dan cuba untuk berbual. Malangnya Fendi tidak melayannya. 
Saat itu Ayu cuba untuk melayannya dan akhirnya Fendi jatuh kepada Ayu. Mereka menjadi rapat sehinggalah membuahkan benih cinta malangnya mereka ego dan menyembunyikan perasaan mereka antara satu sama lain.

"Fendi. Ni kedai roti yang aku cerita kat engkau dulu, kedai inilah aku jumpa mamat handsome tu", beritahu Ayu pada Fendi.
'kedai ni? wait!', Fendi.
"kau......(Fendi menceritakan segalanya dan mereka terkejut antara satu sama lain)", Fendi.

Berbulan mereka kenal, akhirnya mereka memberitahu tentang hati masing-masing dan akhirnya mereka bersetuju untuk berkahwin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan