Khamis, 17 April 2014

AKU MEMANG TERCIPTA UNTUKMU 


assalamualaikum,, malam ni nak buat sinopsis la sikit,,

  

Farah dan Amir sudah lama berkenalan. saat perkenalan mereka mulalah bibik-bibik cinta sehingga melangkah ke alam gerbang perkahwinan. 
Farah dan Amir berasal dari keluarga yang senang dan mereka berdua amat cantik dan kacak. 
Disebabkan mereka bernikah awal ketika mereka masih belajar di University lagi.
Oleh sebab kelebihan yang ada pada mereka, hubungan rumahtangga mereka berkocak akan tetapi mereka di antara satu sama lain cuba menyelamatkan rumah tangga mereka.
Apabila mereka melangkah ke alam perkerjaan, mereka masih bersama akan tetapi pelbagai onak dan duri mengejar mereka.
Setelah 5 tahun mendirikan rumah tangga, ibu tiri Amir mengambil langkah untuk menjodohkan Amir dengan seorang model yang bernama Nasuha kerana pada ketika itu Farah belum dapat memberikan cucu padanya. Setelah demikian, hati Farah memberontak! dia tidak sanggup dengan Amir kerana Amir sudah mula menunjuk taring sebenarnya. 
Baru Farah sedari yang suaminya itu panas baran! akan tetapi Farah tetap meneguhkan Masjid yang dibina bersama suami.
Kedatangan abang angkat Farah telah mencetus kontrovesi antara Farah dan Amir. Kedatangan Nasuha menambahkan konflik antara Amir dan Farah.
Pelbagai cara Farah cuba demi menyelamatkan Masjid mereka. Akan tetapi keretakan mula tegang.
Pelbagai tuduhan Amir melempar padanya sehingga dia hilang pertimbangan.
Nasuha semakin hangat untuk menganggu hubungan mereka tetapi Amir mula sedar yang Nasuha bukan ikhlas bersamanya. Amir menyedari bahawa dia hampir membuang permata hidupnya. 
Setelah itu Amir mula mengubah hubungan keruh dia dan isterinya di usia masih muda ini akan tetapi Farah sudah menanam agar tidak lemah lagi. 
Pelbagai cara Amir buat agar Farah menerimanya semula. Akan tetapi Farah amat membenci suaminya itu atas pelbagai tuduhan dan fitnah suaminya lemparkan padanya.
Farah melarikan diri ke Australia di rumah mama angkatnya, Puan Fahrizza. 
Setelah berita tentang Farah menghilangkan diri, Amir mula baran dan menghantar orang mengekori isterinya. Tetapi malangnya Farah tidak dapat dikesan. 
Munculnya abang angkat Farah, Farish. Semasa Farah disana, Farishlah yang menjaga Farah. 
Farah amat berhutang budi pada Farish.
Darah Amir semakin menggelegak kerana Farah masih belum ditemui. Akhirnya Amir yang sendirinya pergi mencari Farah. 
Semakin panas Amir apabila melihat isterinya bergelak ketawa bersama lelaki lain. Tanpa berfikir panjang, Amir menculik Farah dan merogol isterinya itu tanpa belas kasihan.
Setelah Amir merogol isterinya seperti binatang, Dendam Farah pada suaminya itu membuak-buak. 
Farah telah berfikiran panjang untuk meminta cerai pada suaminya itu. 
Farah menghantar surat cerai pada suaminya itu. Amir sewaktu itu sedang bermanja bersama Nasuha langsung tidak terkejut malah dengan senang hati menurunkan tandatangan pada surat cerai itu.
Farah amat terkejut dengan tindakan Amir. Farah mula sedar yang selama ini dia salah memilih lelaki dalam hidupnya.
dia mula sedar yang dulu Farish la orang yang layak sebagai imamnya dahulu dan bukanya AMIR!
dia sedari dahulu Farish amat mencintai dirinya tetapi dia menolak kerana mencintai Amir dan memilih Amir ..
dia mula sedar, dahulu dia sewaktu dengan Amir, Amir melarangnya memakai tudung@menutup aurat kerana bagi Amir mereka terlalu muda. 
dan dia sedar, dahulu Amir hanya pernah menjadi imamnya ketika solat hanya 2 kali sahaja. Baru dia sedar, rupanya dia silap dan khilaf. Dosanya pada Allah amat banyak.
Disaat dia bergelar janda dia bertekad untuk berubah ke arah kebaikan. bukan macam dahulu. 
Dahulu sewaktu menjadi isteri Amir, dia sering sekali pergi ke bar untuk menguruskan kerjanya dan sering kali menemani suaminya itu. Sekarang dia mula menjejakan kakinya di masjid.

-setahun kemudian-
Farah menerima khabar yang Amir berada dalam keadaan kritikal kerana kemalangan jalan raya dan sewaktu itu Farah sarat mengandung anak kembarnya Amir. Dalam keadaan sarat itu dia terpaksa jua pergi menemui bekas suaminya itu. Dia memandu kereta dengan cermat agar selamat tiba. 
Dia perlahan-lahan pergi ke bilik bekas suaminya itu. Dia terkejut melihat Amir terlantar kerana keadaannya amat teruk dan parah. Tanpa dia sedari air mata dia berguguran laju. Dia juga tanpa sedari melangkah ke arah Amir dan menyalam bekas suaminya itu. Air mata Farah berguguran laju dan menggerakan Amir dalam komanya itu. 
Amir kemudiannya membuka mata dan terkejut melihat wanita yang amat dia cintai berada di tepinya. Lalu air matanya juga membasahi pipi. Amir cepat-2 meminta maaf dan Farah dengan senang hati memaafkannya.
Pada Farah tak ada gunanya berdendam..
Farah mula merasa ada yang menendangnya dalam perut meminta keluar di saat dia bersama bekas suaminya di bilik hospital. 
Amir dengan lemahnya memicit butang pertolongan. Air mata Amir mula membanjir. Hari ni dia jumpa wanita tercintanya yang anggun dan berseri wajahnya. Pertama sekali dia melihat Farah berjubah mengandungkan anaknya dan bertudung dan menutup aurat yang betul. 
Akhirnya Farah berjaya diselamatkan dan dimasukan ke dalam wad ICU. Semua keluarga Amir dan Farah menanti Farah dan anak-anak Farah dan Amir dilahirkan.
Amir mula seperti kucing yang tidak sabar menanti kepulangan Farah.
Berita sedih- Farah berjaya melahirkan anak mereka akan tetapi nyawa Farah dalam bahaya. Amirlah yang menyambut kelahiran bayi mereka. Lelaki dan Perempuan.
Amir berdegil untuk memasuki ruang tersebut dan berjaya menyambut anaknya dan memberi semangat pada bekas isterinya itu.

3 Hari Farah terlantar di hospital kerana nyawanya dalam bahaya dan keadaannya yang lemah. Amir sentiasa bersama disisi Farah dan anak2 mereka.
Setelah konsisi Farah terlalu lemah, Farah meminta maaf dan mengatakan dia hendak berjumpa yang Maha Esa. Dia nak pergi jauh dan hendak berehat sepuas2nya di sana. Dan sebelum dia pergi, dia meminta mahu menikah semula dengan Amir kerana nanti dia tidak mahu jumpa Allah dan keadaannya yang janda dan dia tergerak hati bersama Amir semula, dia tahu, sebenarnya dia dia boleh hidup tanpa Amir, dia tahu, sejahat mana pun Amir, dia tetap imamnya..
akhirnya atas permintaan Farah, Farah dan Amir disahkan..

"abang, maafkan Farah.. Fa Farah nak minnta aa ab abang jaga anak-anak kita.. :) anak pertama kita nama MUHAMMAD ya abang dan sa saya nak anak kedua ki tta na na nama SUMAIYYAH. boboleh kan abg? :)''pinta Farah.
"boleh sayang" jawab Amir dalam tanggisan lalu mencium dahi isterinya itu.

Sebelum menghembus nafas terakhir Farah sempat untuk menyalami suaminya dan mencium tangan suaminya dan anak-anak mereka. lalu diikuti menyalam tangan ibu bapa nya dan ibubapa Amir.
Farah meminta ibunya membawanya mengambil wuduk kerana dia mahu jumpa Allah dalam keadaan yang suci dan bersih..
selepas mengambil wuduk, dia menunaikan solat farhu  dan solat hajat 2 rakaat .. selepas memberi salam, Farah terbaring lemah atas sejadah dan Amir cepat2 kearahnya akan tetapi dihalang oleh ibunya atas dasar permintaan Farah tadi. Farah hendak berjumpa Allah dan keadaan suci. ibu Farah lah yang meribai Farah dan Amir membantu Farah mengucapkan kalimah Syahadah. dan....

TEPAT JAM 02:00 PAGI Farah selamat pulang ke Rahmatullah dengan Syahadah yang dibaca oleh Amir.
Amir amat sedih dan sedih dan sedih sambil dilihat 2 pasang mata yang comel yang belum mengenali dunia ini..
Akhirnya Farah selamat dikebumikan dia Tanah Perkuburan Islam sebelah dengan arwah nenek dan datuknya. itu adalah permintaannya..

7 tahun kemudian...
Amir sudah berubah kearah kebaikan dan mula mengenal apa itu Islam dan sampai sekarang dia mengambil kursus tentang Keislaman..
" Ayah, jom main bola nak?" dua si comel menarik tangan ayahnya yang sedang asyik membaca hadis-hadis Rasulullah s.a.w di laman banglo mereka.
Amir tersenyum dengan perkelakuan anak-anaknya..
Dia berdoa semoga Farah disana tenang..
"sayang, jangan risau abang akan jaga anak-anak kita ini biarpun abang belum mampu untuk berumah tangga semula. bukan abang tolak takdir, sayang, tapi abang belum mampu, maafkan abang sayang" , Amir berkata dalam hati sambil melihat anak-anaknya bermain di laman rumahnya. 

Wajah SUMAIYYAH BINTI AMIR memang mirip ayahnya manakala wajah comel MUHAMMAD BIN AMIR sememangnya mirip arwah uminya..

"abang, jangan risau, Farah selesa berehat disini. Abang jangan risau ya, baiklah Farah doakan abang berjumpa dengan wanita yang jauh lebih baik dari Farah. Jaga anak-anak kecik kita ya abang" , Farah Nur Hasanah binti Dato' Mokhtaruddin..

Terpanar seketika Amir melihat seakan-seakan Farah yang berada di laman itu sambil tersenyum manis. Automatik air mata Amir mengalir..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan