Sabtu, 19 April 2014

Assalamualaikum kak cik makcik semua.
Macam biasa n xmau cakap banyak. ana mulakan ya.

Adleen nak menceritakan sesuatu..
Hai, aku ada adik perempuan, namanya Gina Annasya, daddy aku namanya Yazid, mummy tiri kitaorang namanya Dianra dan nama aku Adleen Nadia.
Aku sekarang belajar di Itali dalam bidang fesyen. Cita-cita aku nak jadi pereka Fesyen sebab dad aku ada buka perniagaan pakaian. ok3, xnak cerita banyak, ini kisah tentang adik aku.

Adik aku ni mengalami trauma kemalangan. Saat ibuku dan adik aku keluar ke pasar pagi. Mereka pergi berdua ja, time tu dad aku perlu keluar awal kerana ada mesyuarat pelantikan ahli jawatankuasa di officenya. Time tu aku takde kat sini aku di kolej aku di Itali.
Berita yang aku dapat dari sana adalah mama aku dah takde, kemalangan jalan raya, aku pun apa lagi, terus balik dan penerbangan untuk pulang dalam 4 jam lagi tapi aku terpaksa balik sekarang kerana penerbangan aku ke Malaysia sahaja sudah mengambil masa beberapa jam. Aku kebuntuan dan dad aku suruh ambil flight personal! mahal siot! dad aku cakap takpe kalau ambil sebab takut aku tidak dapat melihat mama lagi. Aku tiba lewat juga, dan sempat melihat jasad mama. Alhamdulillah.
Aku taknak cerita banyak sebab taknak ganggu emosi aku.

Selepas perkebumian itu, adik aku trauma dan dia menyalahkan dirinya sebagai pembunuhan. Menurut ceritanya, dalam perjalanan pergi, dia meminta ibunya berhenti di tepi jalan kerana mahu mengambil kucing yang comel tapi mamaku bantah. Adik aku merengek dan menyebabkan ibuku berhenti jua. Saat berhenti ibuku terlanggar kereta di hadapan dan menyebabkan kereta ibuku mengheret ke tengah jalan lalu menyebabkan 2 buah kereta melanggar ibuku. Ibuku tidak dapat diselamatkan.
Disebabkan itu adik aku menyalahkan dirinya, adik aku juga mengalami kecederaan di dahi dan itu adalah parut kekal hingga sekarang.


Setelah beberapa tahun, akhirnya bapaku menikah semula dengan setiausahanya yang bernama Diandra. Pada mulanya risau untuk aku meninggalkan adikku itu. Takut ibu tiriku itu ''JAHAT!'' haha.. rupanya tak..
walaupun dia cantik, seksi,menawan, dia tidak jahat dan dia amat menyangangi adik aku dan aku. Dia seolah-oleh ibu kami yang meninggal itu.
Mummy tiriku itu amat menjaga penampilan kami, walaupun adikku seorang yang menyendiri dan pendiam, mom aku berusaha akan untuk menjaga dan mendekatinya. Alhamdulillah sebab adik aku menerima mom tiri kami dalam hidupnya.

Saat aku sudah tamat belajar dan  ...
*bersambung..












Khamis, 17 April 2014

ASSALAMUALAIKUM SEMUA. RI NI AKU NAK CREATE LAGI CERITA PENDEK O SINOPSIS OK.

CINTA KEDAI ROTI


"wah kacaknya lelaki tu", terpesona Ayu melihat lelaki yang berkemeja seperti orang bekerja di gerai roti itu.
"eh, mata kau. pantang nampak je lelaki kacak, dah jom bayar, jangan gedik pula ok.", balas Mia yang sama melihat lelaki itu.
"mm", kacau ja minah ni.
"RM 9.30 sen dik", ujar perempuan yang menjaga kaunter itu pada ayu.
'emm, asal mamat tu tengok aku je ni, hai pelik aku. aku beli banyak sangat ke, lantak lah atau ada apa-apa yang pelik kat aku ni?', bisik hati kecil Ayu sambil tersenyum. Mengeletar Ayu tatkala lelaki itu melihatnya.
Mia pula telah pun keluar terlebih awal dan menunggu di motor.
"mia! mamat tu tengok aku la tadi! hihi seronok aku!", beritahu Ayu kepada Mia. 
"hmm, dah jom, jangan gedik sangat nanti orang perasan, oh, mamat tu naik kereta satria merah hati tu", bisik Mia tatkala Ayu menekan gear untuk bergerak.
"eh Mia, mamat tu kacak la dan aku tengok dia beli tart macam dengan aku hihi bestnya, entah-entah dia usha aku dari tadi tak?", beritahu Ayu pada Mia.
"eh, ye la tu.. hahaha aku rasa dia dan kau sama-sama ja kedekut! tengok lah dia beli apa ja tadi?", balas Mia sambil disambut ketawa yang sinis.
"eh minah ni kan.. ye aku tahu dia beli tart dua jenis then cookies chip chocolate and maybe anggaran dia RM 3 ringgit lebih.", balas Ayu sambil memerlahankan minyaknya.
Tatkala dalam perjalanan, Ayu membaca surah-surah (Al-Kafirun, Al-Nas, Al-Ikhlas).Pelik juga kenapa tiba-tiba dia membaca. Tapi tidak mengapa dia tenang tatkala membacanya. 
Saat Ayu mahu menukar lorong dengan perlahan motornya, tiba-tiba ada sebuah kereta Proton Waja warna Silver meluncur sebelahnya! nyaris Ayu dan Mia maut!
Sekarang Ayu menjadikan iktibar bahawa apa yang kita buat mestilah kerana Allah S.W.T. dan Rasul serta Agama Islam.
Saat itu Ayu dan Mia begitu berhati-hati tatkala membawa kenderaan.

Selang beberapa hari, Ayu sering berkunjung ke kedai roti itu, hihi. manatahu dapat berjumpa lelaki kacak itu lagi..
"ALA.. asal aku datang je dia tak da", bebel hati kecil Ayu.

Ayu seorang gadis yang simple, apabila datang ke kelas je pakaiannya hanyalah T-shirt labuh dan seluar jeans ikut kakinya, jika tshirt itu sendat, seluarnya mesti besar. Dia amatlah menjaga penampilan dirinya dan kebersihan. Rambutnya hanya diikat rapi dan berkasut sport atau sneekers. Di dalam kelas, dialah yang cerdas dan tidak tahu malu. Semua orang dia berkawan. Tak kira lelaki atau perempuan. Ayu juga anak kepada Puan Rosnah dan Encik Zamri. Nama sebenarnya adalah Ayu Diana binti Zamri.


Berlainan pula pada Mia, gadis yang perwatakannya yang ayu dan perwatakan menarik. Anak kepada seorang guru, Encik Faizal dan Puan Anita. Mia amat menjaga penampilan dirinya. Dia juga seorang gadis yang cantik. Personalitinya juga amat bergaya dan mengikut fesyen terkini. Apabila di dalam kelas dia lah yang Ayu jaga kerana Mia ini banyak peminat.

"Ayu! kau termenung apa?", sampuk Mizan rakan sekelas Ayu. (Ayu masih dengan lamunannya)
"YUYUI!", Azim terus membaling roket kertasnya dan 'pap' atas dahi Ayu.
"hoi! agak-agak ar, kacau line betul korang ni! pe hal?" terus ayu tersentap dengan lamunannya dan menutup bukunya.
"amboi garang minah senget ni yew", usik Saiful rakan sekelas Ayu.
"alah, dia berangan mamat handsome tempoh hari"balas Mia dengan selamba lalu Ayu menutup mulutnya Mia dengan buku tebal di hadapannya itu.
"mmmmm", meronta-ronta Mia minta dilepaskan.
Lalu Mia menceritakan pada rakan-rakan sekelasnya yang lain. Malu seketika Ayu.

"YU, apakata kau tukar imej nak?", ujar Shahila teman serumah Ayu dan Mia kepada Ayu
"imej ape, aku kan dah cantik, hahaha", balas Ayu dengan riaknya sambil ketawa-tawa.
'buk' Mia mengetuk perlahan kepala Ayu dengan buku ditangannya.
"kau ni Mia.. semakin berani, aku campak kau dalam lautan hindi baru kau tahu", kembang kempis hidung Ayu tatkala terkejut dengan ketukan asmara Mia.
"kau jangan, ok i'm sorry", balas Mia sambil disambut ketawa rakan-rakan yang lain.
"ala Ayuyui sayang, Imej kau lah..", balas Nadia.
"ha'ah, esok kita tak de exam so kita gi shopping, aku tahu duit kau masih banyak. lagipun kita kat sini tinggal 4 hari je, lepas tu entah jumpa ke tak", sampuk Mia sambil memberikan idea bernas pada rakan-rakannya.
"malaslah", Ayu.
"jom!", arah Mia sambil menjegilkan matanya yang macam buaya itu.

Tatkala hati terakhir mengambil paper akhir bagi menghabiskan ijazahnya, Ayu menukar penampilannya dengan memakai baju yang berfesyen dan kain kembang yang cantik. Terpukau lelaki tatkala melihat Ayu.
"Yoyo, cantiknya kau!", Zahid bersuara.
"haha. mau tau ar, ni cingu-cikgu aku", tunjuk Ayu akan cikgu-cikgu yang mempersiapkannya, Nadia, Mia, Shahila, Fiza, Admira.

1 1/2 TAHUN KEMUDIAN...

-FENDI-

"Haaa.. segarnya udara mak! mak ayah, doakan Ayu ya..", salam Ayu dengan ibubapanya. Hari ini adalah hari pertama Ayu masuk kerjanya. Walaupun tempat kerjanya kecil tetapi ia pasti membawa kejayaan yang besar.
"ya Yu, mak ayah doakan, sampai office nanti bagitau mak ya nak", Ibu ayu bersuara.

"hai, Assalamualaikum, saya Ayu", pekenalkan Ayu pada rakan sekerjanya.
'haaaa, handsomenya mamat tu', bisik hati kecil Ayu.
Ayu memulakan kerjanya dengan Bismillah dan ceria sekali.
Saat disana, dia terpaut dengan lelaki itu yang bernama Fendi atau Effendy Rahman.
Ayu mula menyukai lelaki itu. 

Berbulan bekerja disana, akhirnya Ayu menjadi rapat dengan semua orang ditempat kerjanya kecuali Fendi.
"Fendi", Ayu pergi dekat Fendi dan cuba untuk berbual. Malangnya Fendi tidak melayannya. 
Saat itu Ayu cuba untuk melayannya dan akhirnya Fendi jatuh kepada Ayu. Mereka menjadi rapat sehinggalah membuahkan benih cinta malangnya mereka ego dan menyembunyikan perasaan mereka antara satu sama lain.

"Fendi. Ni kedai roti yang aku cerita kat engkau dulu, kedai inilah aku jumpa mamat handsome tu", beritahu Ayu pada Fendi.
'kedai ni? wait!', Fendi.
"kau......(Fendi menceritakan segalanya dan mereka terkejut antara satu sama lain)", Fendi.

Berbulan mereka kenal, akhirnya mereka memberitahu tentang hati masing-masing dan akhirnya mereka bersetuju untuk berkahwin.

AKU MEMANG TERCIPTA UNTUKMU 


assalamualaikum,, malam ni nak buat sinopsis la sikit,,

  

Farah dan Amir sudah lama berkenalan. saat perkenalan mereka mulalah bibik-bibik cinta sehingga melangkah ke alam gerbang perkahwinan. 
Farah dan Amir berasal dari keluarga yang senang dan mereka berdua amat cantik dan kacak. 
Disebabkan mereka bernikah awal ketika mereka masih belajar di University lagi.
Oleh sebab kelebihan yang ada pada mereka, hubungan rumahtangga mereka berkocak akan tetapi mereka di antara satu sama lain cuba menyelamatkan rumah tangga mereka.
Apabila mereka melangkah ke alam perkerjaan, mereka masih bersama akan tetapi pelbagai onak dan duri mengejar mereka.
Setelah 5 tahun mendirikan rumah tangga, ibu tiri Amir mengambil langkah untuk menjodohkan Amir dengan seorang model yang bernama Nasuha kerana pada ketika itu Farah belum dapat memberikan cucu padanya. Setelah demikian, hati Farah memberontak! dia tidak sanggup dengan Amir kerana Amir sudah mula menunjuk taring sebenarnya. 
Baru Farah sedari yang suaminya itu panas baran! akan tetapi Farah tetap meneguhkan Masjid yang dibina bersama suami.
Kedatangan abang angkat Farah telah mencetus kontrovesi antara Farah dan Amir. Kedatangan Nasuha menambahkan konflik antara Amir dan Farah.
Pelbagai cara Farah cuba demi menyelamatkan Masjid mereka. Akan tetapi keretakan mula tegang.
Pelbagai tuduhan Amir melempar padanya sehingga dia hilang pertimbangan.
Nasuha semakin hangat untuk menganggu hubungan mereka tetapi Amir mula sedar yang Nasuha bukan ikhlas bersamanya. Amir menyedari bahawa dia hampir membuang permata hidupnya. 
Setelah itu Amir mula mengubah hubungan keruh dia dan isterinya di usia masih muda ini akan tetapi Farah sudah menanam agar tidak lemah lagi. 
Pelbagai cara Amir buat agar Farah menerimanya semula. Akan tetapi Farah amat membenci suaminya itu atas pelbagai tuduhan dan fitnah suaminya lemparkan padanya.
Farah melarikan diri ke Australia di rumah mama angkatnya, Puan Fahrizza. 
Setelah berita tentang Farah menghilangkan diri, Amir mula baran dan menghantar orang mengekori isterinya. Tetapi malangnya Farah tidak dapat dikesan. 
Munculnya abang angkat Farah, Farish. Semasa Farah disana, Farishlah yang menjaga Farah. 
Farah amat berhutang budi pada Farish.
Darah Amir semakin menggelegak kerana Farah masih belum ditemui. Akhirnya Amir yang sendirinya pergi mencari Farah. 
Semakin panas Amir apabila melihat isterinya bergelak ketawa bersama lelaki lain. Tanpa berfikir panjang, Amir menculik Farah dan merogol isterinya itu tanpa belas kasihan.
Setelah Amir merogol isterinya seperti binatang, Dendam Farah pada suaminya itu membuak-buak. 
Farah telah berfikiran panjang untuk meminta cerai pada suaminya itu. 
Farah menghantar surat cerai pada suaminya itu. Amir sewaktu itu sedang bermanja bersama Nasuha langsung tidak terkejut malah dengan senang hati menurunkan tandatangan pada surat cerai itu.
Farah amat terkejut dengan tindakan Amir. Farah mula sedar yang selama ini dia salah memilih lelaki dalam hidupnya.
dia mula sedar yang dulu Farish la orang yang layak sebagai imamnya dahulu dan bukanya AMIR!
dia sedari dahulu Farish amat mencintai dirinya tetapi dia menolak kerana mencintai Amir dan memilih Amir ..
dia mula sedar, dahulu dia sewaktu dengan Amir, Amir melarangnya memakai tudung@menutup aurat kerana bagi Amir mereka terlalu muda. 
dan dia sedar, dahulu Amir hanya pernah menjadi imamnya ketika solat hanya 2 kali sahaja. Baru dia sedar, rupanya dia silap dan khilaf. Dosanya pada Allah amat banyak.
Disaat dia bergelar janda dia bertekad untuk berubah ke arah kebaikan. bukan macam dahulu. 
Dahulu sewaktu menjadi isteri Amir, dia sering sekali pergi ke bar untuk menguruskan kerjanya dan sering kali menemani suaminya itu. Sekarang dia mula menjejakan kakinya di masjid.

-setahun kemudian-
Farah menerima khabar yang Amir berada dalam keadaan kritikal kerana kemalangan jalan raya dan sewaktu itu Farah sarat mengandung anak kembarnya Amir. Dalam keadaan sarat itu dia terpaksa jua pergi menemui bekas suaminya itu. Dia memandu kereta dengan cermat agar selamat tiba. 
Dia perlahan-lahan pergi ke bilik bekas suaminya itu. Dia terkejut melihat Amir terlantar kerana keadaannya amat teruk dan parah. Tanpa dia sedari air mata dia berguguran laju. Dia juga tanpa sedari melangkah ke arah Amir dan menyalam bekas suaminya itu. Air mata Farah berguguran laju dan menggerakan Amir dalam komanya itu. 
Amir kemudiannya membuka mata dan terkejut melihat wanita yang amat dia cintai berada di tepinya. Lalu air matanya juga membasahi pipi. Amir cepat-2 meminta maaf dan Farah dengan senang hati memaafkannya.
Pada Farah tak ada gunanya berdendam..
Farah mula merasa ada yang menendangnya dalam perut meminta keluar di saat dia bersama bekas suaminya di bilik hospital. 
Amir dengan lemahnya memicit butang pertolongan. Air mata Amir mula membanjir. Hari ni dia jumpa wanita tercintanya yang anggun dan berseri wajahnya. Pertama sekali dia melihat Farah berjubah mengandungkan anaknya dan bertudung dan menutup aurat yang betul. 
Akhirnya Farah berjaya diselamatkan dan dimasukan ke dalam wad ICU. Semua keluarga Amir dan Farah menanti Farah dan anak-anak Farah dan Amir dilahirkan.
Amir mula seperti kucing yang tidak sabar menanti kepulangan Farah.
Berita sedih- Farah berjaya melahirkan anak mereka akan tetapi nyawa Farah dalam bahaya. Amirlah yang menyambut kelahiran bayi mereka. Lelaki dan Perempuan.
Amir berdegil untuk memasuki ruang tersebut dan berjaya menyambut anaknya dan memberi semangat pada bekas isterinya itu.

3 Hari Farah terlantar di hospital kerana nyawanya dalam bahaya dan keadaannya yang lemah. Amir sentiasa bersama disisi Farah dan anak2 mereka.
Setelah konsisi Farah terlalu lemah, Farah meminta maaf dan mengatakan dia hendak berjumpa yang Maha Esa. Dia nak pergi jauh dan hendak berehat sepuas2nya di sana. Dan sebelum dia pergi, dia meminta mahu menikah semula dengan Amir kerana nanti dia tidak mahu jumpa Allah dan keadaannya yang janda dan dia tergerak hati bersama Amir semula, dia tahu, sebenarnya dia dia boleh hidup tanpa Amir, dia tahu, sejahat mana pun Amir, dia tetap imamnya..
akhirnya atas permintaan Farah, Farah dan Amir disahkan..

"abang, maafkan Farah.. Fa Farah nak minnta aa ab abang jaga anak-anak kita.. :) anak pertama kita nama MUHAMMAD ya abang dan sa saya nak anak kedua ki tta na na nama SUMAIYYAH. boboleh kan abg? :)''pinta Farah.
"boleh sayang" jawab Amir dalam tanggisan lalu mencium dahi isterinya itu.

Sebelum menghembus nafas terakhir Farah sempat untuk menyalami suaminya dan mencium tangan suaminya dan anak-anak mereka. lalu diikuti menyalam tangan ibu bapa nya dan ibubapa Amir.
Farah meminta ibunya membawanya mengambil wuduk kerana dia mahu jumpa Allah dalam keadaan yang suci dan bersih..
selepas mengambil wuduk, dia menunaikan solat farhu  dan solat hajat 2 rakaat .. selepas memberi salam, Farah terbaring lemah atas sejadah dan Amir cepat2 kearahnya akan tetapi dihalang oleh ibunya atas dasar permintaan Farah tadi. Farah hendak berjumpa Allah dan keadaan suci. ibu Farah lah yang meribai Farah dan Amir membantu Farah mengucapkan kalimah Syahadah. dan....

TEPAT JAM 02:00 PAGI Farah selamat pulang ke Rahmatullah dengan Syahadah yang dibaca oleh Amir.
Amir amat sedih dan sedih dan sedih sambil dilihat 2 pasang mata yang comel yang belum mengenali dunia ini..
Akhirnya Farah selamat dikebumikan dia Tanah Perkuburan Islam sebelah dengan arwah nenek dan datuknya. itu adalah permintaannya..

7 tahun kemudian...
Amir sudah berubah kearah kebaikan dan mula mengenal apa itu Islam dan sampai sekarang dia mengambil kursus tentang Keislaman..
" Ayah, jom main bola nak?" dua si comel menarik tangan ayahnya yang sedang asyik membaca hadis-hadis Rasulullah s.a.w di laman banglo mereka.
Amir tersenyum dengan perkelakuan anak-anaknya..
Dia berdoa semoga Farah disana tenang..
"sayang, jangan risau abang akan jaga anak-anak kita ini biarpun abang belum mampu untuk berumah tangga semula. bukan abang tolak takdir, sayang, tapi abang belum mampu, maafkan abang sayang" , Amir berkata dalam hati sambil melihat anak-anaknya bermain di laman rumahnya. 

Wajah SUMAIYYAH BINTI AMIR memang mirip ayahnya manakala wajah comel MUHAMMAD BIN AMIR sememangnya mirip arwah uminya..

"abang, jangan risau, Farah selesa berehat disini. Abang jangan risau ya, baiklah Farah doakan abang berjumpa dengan wanita yang jauh lebih baik dari Farah. Jaga anak-anak kecik kita ya abang" , Farah Nur Hasanah binti Dato' Mokhtaruddin..

Terpanar seketika Amir melihat seakan-seakan Farah yang berada di laman itu sambil tersenyum manis. Automatik air mata Amir mengalir..

Rabu, 16 April 2014

Assalamualaikum pak cik mak cik, mak datin, ayah datuk sekalian! hahha. today aku nak merapu lagi.. Baca je lah beb.. jangan ambil tanpa kebenaran aku ok.

I HATE U BUT I LOVE U!


Tengku Fitrahanim, "pakcik makcik, tu selalu kata nama aku macam Tengku Fitrarman. Sedih la aku. Siapa tak kenal mamat tu. Selalu buli aku. Fida, aku nak tukar sekolah boleh?", ujar Fitrah kepada Fiza teman baiknya tatkala di sekolah menengah.


"hey! pompuan! kau ingat kau bagus? berambuslah dari sini, menyampah aku dengan kau!", tengking Arman kepada Fitrah.

Fitrah adalah anak kepada Tengku Razak dan Sharifah Admira dan juga anak tunggal keluarga itu. Tengku Razak hanya bekerja sebagai Setiausaha Perbadanan Negeri Melaka itu. Manakala ibunya menguruskan restauran makanan milik ibunya itu. Tengku Razak dan Tengku Murni adalah sepupu. Tatkala Fitrah dilahirkan, disitu juga Arman dilahirkan. Mereka merupakan dua pupu.


Fitrah telah berjaya dalam proses pertukaran sekolah dan dia menyambung pengajiannya di sebuah sekolah individual. Fitrah trauma dengan Arman kerana Arman selalu malukan dan membulinya di sekolah. Siapa tak kenal Arman. Lelaki yang kacak dan ramai gadis yang meminati dirinya. Arman juga anak kepada Tengku Murni dan Tengku Hashim. Yang juga anak pemilik sebuah pasaraya yang terkemuka di negeri Melaka itu. Manakala ibunya hanya suri rumah.


Arman merasa kosong kerana dia tiada mangsa buli untuk dibuli. Semakin hari dia merasakan kehilangan sesuatu walaupun sudah mempunyai kekasih (ZAYATI) . Hanya apabila hari raya sahaja dia dapat berjumpa dengan Fitrah atau hari-hari yang mempunyai kenangan atau tertentu.
Akan tetapi bertahun-tahun dia tidak bertemu Fitrah.

"kamu dah gila ke buli sepupu mu sendiri? malu ibu ada anak macam ni! macam mana ibu nak berdepan dengan mama papa Fitrah?, ish kamu ni!", marah Tengku Murni pada anak bongsunya itu.


"gila kau adik, buli Fitrah. ingatkan nak jodoh je korang tu. usaha uncle and dad give the same name to you, cayalah kau adik.", Tengku Husna pula mencelah sambil diperhatikan Tengku Akmal yang sedang beristirehat sambil meminum nescafe panas di beranda rumah mereka dan Tengku Sarah yang sedang mengelamun dari tadi.
 

Semua salahkan Arman. Bersalah Arman seketika. wait! 'jodohkan?' 'no!, never ever and ever!'


Bertahun Fitrah di kampung mamanya di Pahang. Dia juga telah berjaya mendapatkan segulung ijazah. Sekarang sudah menjadi tunangan orang. Hehe, Tunangan Syed Amar. Eh, macam turun pangkat pula, tapi tak apa sebab ini jodohan nenek padanya. 
Syed Amar merupakan Doktor di sebuah hospital sekitar bandar Pahang dan sama juga dengan Fitrah yang kini bergelar Doktor Fitrah. 

Tatkala hujung tahun, Fitrah meminta kepada mamanya untuk pulang ke kampung halaman ayahnya untuk menjenguk neneknya di situ. Agak setahun lebih dia tidak pulang. Dia mengajak tunangannya itu untuk melawat Neneknya di sana. Terasa rindu tetiba.


Terkejut Arman melihat gadis yang lawa memasuki halaman rumahnya. Fitrah! gembiranya hati Arman tatkala melihat Fitrah. Rasa bersalah menyelubungi diri. Malangnya dia terlambat apabila kepulangan Fitrah adalah untuk memberitahu dia akan berkahwin 6 bulan dari sekarang. Saat itu Arman pulang dengan perangainya yang suka membuli Fitrah. Bencinya Fitrah dengan Arman.
"cukup-cukuplah buli dan kenakan aku dulu! jangan buli Amar pula! i hate u!", tengking Fitrah kepada Arman.
Pelbagai cubaan untuk hancurkan hubungan Amar dan Fitrah dicubanya malangnya gagal.


Semakin galak Arman menganggu dirinya dan Amar. 
Malam akad nikah Fitrah dan Amar berlangsung, Amar terbabit dalam kemalangan jalan raya dan dia meninggal dunia pada malam itu. Malangnya Fitrah, Amar memohon agar Fitrah dikahwinkan dengan Amar. Terkejut mereka berdua.
Bolehkah Kucing dan Anjing bersatu?

Amar sudah mengetahui bahawa Arman menaruh hati pada Fitrah akan tetapi diselubungi ego yang tinggi.
Oleh demikian, demi  menjaga Fitrah, dia percaya Arman boleh menjaga Fitrah dengan baik. Amar hanya berbuat keputusan yang pendek. 
Amar tahu, nyawanya dalam bahaya dan dia membuat keputusan terburu-buru demi melihat mereka bahagia. Amar mengugut mereka dikahwinkan depan jasadnya yang nyawa didalam bahaya itu.

Biarpun beberapa tahun kemudian, Fitrah kembali membawa dirinya ke Jerman untuk meneruskan hidupnya manakala Arman membawa diri ke Bahgdad untuk meneruskan pengajiannya didalam Perniagaan itu.
Masing-masing dengan ego masing-masing. 

Akhirnya ibubapa mereka meminta untuk tinggal bersama malangnya tidak dipersetujui oleh mereka berdua. 
aKHIRNYA mereka terpaksa tinggal bersama kerana ugutan nenek mereka. 
Neneknya tahu mereka tidak akan bahagia kalau begini terus. Nenek mereka tinggal bersama mereka.

Pelbagai ego menyelubungi diri mereka akhirnya mereka jatuh ke lautan cinta yang belum tahu kesudahan mereka.
adakah mereka dapat berbahagia? ya akhirnya mereka bahagia walaupun Fitrah sering membuli si suami.
"sabar jelah mamat oi, inilah balasannya.", rintih Arman.

Jumaat, 11 April 2014

CINTA PRAKTIKAL


Anim atau Nur Hanim Adilah seorang pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
Pada 1 bulan 4 tahun 2013, dia terpaksa menjalani praktikal di sebuah Syarikat Swasta. Kegagalannya dalam mendapatkan dia ke Syarikal Awam telah ditolak kerana kesempitan Tempat kosong.



"Sha panggil Anim masuk sini", arah Vijay anak pengurus Syarikat Bernama Sdn.Bhd iaitu Syarikat berkaitan pembinaan.
"baiklah Cik", Sha menjawab sopan.
Anim menjawab malas apa yang Sha sampaikan tadi, lesu hatinya menuju ke bilik itu.
"em, apa lagilah Gila tu nak",bebel Anim.
"siapa gila?", suara asing menyerpa dirinnya.
'opocot!', Anim melatah tatkala mendengar suara tadi.
"ops!", gelabah Anim tatkala melihat empunya suara.
"siapa?", soal serius pemilik suara itu.
"ta..tak.. emm.. tak, itu, itu,.. emm", gagap Anim menjawab. 'engkaulah Gila!' Anim hanya mampu bersuara dalam hati.
"u.", ringkas sahaja jawapan Anim.
"me?", lelaki itu terkejut tatkala mendengar jawapan Anim. 'Hai perempuan ni, aku ketuk juga kepala, tunggulah kau' lelaki itu bersuara dalam hati sambil membuat muka serius di hadapan Anim.
Lelaki itu terus menyentap tangan Anim memasuki ruangan pejabat miliknya lalu mengunci pintu agar tidak dicerobohi oleh mana-mana pihak.
Anim hanya terkedu melihat lelaki itu.
Lelaki itu menyandarkan Anim pada dindingnya dan hidung Anim dan dia terlalu dekat.
Anim terkedu dan tidak dapat berbuat apa-apa kerada dalam keralitan.
"hey Hanim Adilah. kali ni aku tak kan lepaskan kau, Aku dah sabar banyak dah dengan kau. Aku ada perkara nak bagitau engkau!", lelaki itu bersuara.
Lamunan Anim tersentap dan dia terlalu geram dengan lelaki itu terhadap ada yang cuba dilakukan.
'Gila punya jantan!,aku pun ada benda nak cakap. aku tak tahan dengan kau!', Anim hanya bersuara dalam hati kerana mulutnya ditutup rapat oleh tangan lelaki itu. Oleh demikian dia tidak dapat berbuat apa-apa. Allah sahaja tempat dia berharap sekarang.
Anim cuba untuk melepaskan diri. Sekuat hati dia meronta-ronta untuk dilepaskan. Anim cuba sedaya upaya dirinya dan akhirnya dia berjaya meloloskan diri dari lelaki kacukan India Cina itu.
"ya! aku pun ada benda nak bagitau kau. Kau ingat aku teringin sangat ke nak bosskan kau? eh, tujuan aku kat sini pun jus praktikal ok. aku terpaksa! eh, kalau tidak tak teringin aku nak bosskan kau dan ...", marah Anim lalu mulutnya ditutup oleh tangan Vijay atau Mohd Danish Mohd Dafi.
"mmmm", Anim cuba lepaskan tangan Vijay dari mulutnya itu. 'kau tahu tak tangan kau busuk, bau ikan masin la gila!', marah Anim yang tidak menyukai baunya tangan Vijay itu.
"woi, kau tahu tak kau cakap dengan siapa ni?", marah Vijay.
"kau dengar sini perempuan, sebenarnya aku ..", belum sempat Vijay menghabiskan ayatnya Anim menggigit jari jemari Vijay yang menutupi bibirnya.
"eh, sebelum kau cakap biar aky cakap. yes i know who are u. U is my boss and your name is Vijay. mungkin aku tak tahu banyak tentang kau tapi aku nak kau tahu aku amatlah bencikan kau! dari awal aku tengok muka kau sampai sekarang aku meluat ! kau tahu tak? aku banyak sabar dengan kau. aku kat sini sebagai pelajar praktikal! tapi kau buat aku tak ubah macam cofee lady! sepanjang aku duk sini ilmu aku tak de langsung! kau hambakan aku, sakitkan aku dan i hate u! kalau kau menyampah sangat dengan aku, aku boleh la berambus dari sini dan aku takkan tengok lagi muka kau. ya memang awalnya aku terpikat dengan kau sebab kau handsome tapi aku salah. dan sekarang i very x3 hate u!" sesudah Anim meluahkan apa sahaja yang terpendamnya dengan nada yang tinggi, Anim cuba membuka tombol pintu akan tetapi tangannya ditarik pantas oleh Vijay. 
Anim terkedu dalam dakapan Vijay. 
"maafkan i and thanks sudi menjelma dalam hidup i", terus Vijay melepaskan dakapannya dan keluar meninggalkan Anim keseorangan di dalam ruangannya.
Saat itu, Vijay sudah tidak kelihatan lagi dan Anim cuba memohon pertukaran tempat praktikalnya ke tempat yang lain.
Akhirnya Anim berjaya menukar dan dia meneruskan di sebuah Institusi Pengambilan Pekerjaan dalam bidangnya jua.



Sebenarnya Vijay menaruh hati pada Anim saat perkenalannya yang pertama bersama Anim.
Pada hari itu, INGIN meluahkan apa yang terpendamnya dan telah menempah set makan malam di sebuah restauran yang ternama bersama Anim. AkAn tetapi semuanya terlambat dan hancur.
Sengaja Vijay menyakitkan hati Anim kerana mahu mengambil hatinya. Akan tetapi semuanya hancur.

Saat permulaan praktikalnya Anim gembira kerana semua tempat kerjanya baik-baik dan peramah belaka. Akan tetapi semuanya berubah tatkala kedatangan anak lelaki bossnya. Dia sering dibuli sehingga hampir setiap hari menjadi coffee lady lelaki itu.
Kesabaran Anim semakin tercabar tatkala perlakuan anak bossnya itu. Mujurlah Ada kakak Sha yang menyenangkan dia saat hatinya gelegak api yang membara.

Syarikat Vijay memerlukan seorang kontraktor untuk menguruskan projek itu. Akan tetapi amat sukar memperoleh seorang konktraktor yang mahir dalam bidang itu. Dia akhirnya meminta bantuan dari seorang kontraktor yang juga kawan bapanya. Saat projek itu berjalan, Anim begitu rapat dengan konktraktor itu. Api cemburu Vijay mula meronta-ronta dilepaskan akan tetapi dia berjaya menyabarkan dirinya.
"takkan la taste Anim dengan lelaki tua?", soal pelik Vijay tatkala melihat keramahan Anim bersama lelaki itu.
Setelah diselidik, rupa-rupanya itu adalah ayahnya Anim. Vijay kelegaan.



Setelah 3 tahun tidak berjumpa, Anim akhirnya berjaya dalam kerjayanya dan memegang jawatan Jurutera permulaan di Syarikat yang dia bekerja. 
Di tempat kerjanya, Anim menaruh hati kepada Hakimi iaitu rakan sekerjanya. Hakim memiliki perwatakan yang menarik. Mereka sebegitu rapat. Makan bersama, kerja bersama, balik bersama. Mereka seolah-oleh seperti adik abang sahaja.


Pada suati hari, ketika mereka keluar makan tengah hari, Hakimi disapa oleh seorang lelaki yang amat dikenali Anim 3 tahun yang lalu di suatu tempat. Bertapa tergejutnya Anim saat itu, mahu luruh jantungnya dibuatnya. VIJAY!?
Sepanjang perbualan Hakimi dan sepupunya itu, Vijay, mereka tidak bertegur sapa dan hanya Hakimi yang banyak mengeluarkan suara.
Vijay merasakan jantungnya mahu melompat-lompat kerana di situ adanya gadis yang amat dia rindui. Sedaya upaya dia mahu menahan rindunya. Sekarang dia bahagia kerana tahu dimana Anim bekerja dan Anim tinggal.

Tujuannya datang ke Selangor ini adalah menghantar adik perempuannya, Dania ke Airport di KL, akan tetapi selepas menghantar adiknya, Vijay melencong ke Selangor untuk menonton perlawanan bola sepak. Keesokkan harinya dia mahu pulang ke tempatnya di Penang akan tetapi dia mahu lunch dan ternyata doanya kesampaian tatkala melihat Anim!
Dia membatalkan niatnya pulang dan mahu memperbaiki kesilapannya pada Anim.

Selama seminggu menjejaki Anim, dia gagal kerana Anim masih memendam kesilapan Vijay tatkala dahulu. Mujurlah ada Hakimi yang membantu perbaiki hubungan mereka. Pada Hakimi, kebahagiaan Vijay dan Anim juga kebahagiaan dia juga. Pelbagai cubaan cuba Hakimi dan Vijay lakukan bagi merebut hati Anim semula kepada Vijay tetapi gagal.
Hakimi tidak sedar bahawa Anim ada menyimpan perasaan padanya. Saat Hakimi berbuat demikian (memperjodohkan dirinya dan Vijay), amatlah sakit hatinya. "aku sukakan kau lah Kimi bukan Vijay!".
Hampir sebulan Vijay berulang alik dari Penang ke Selangor bagi memenangi hati Anim. Vijay tidak mudah berputus asa. 3 tahun memendam rindu. 3 tahun dia menyembunyikan diri, 3 tahun dia menanggung derita tatkala kesilapannya pada Anim dan dalam 3 tahun itu dia hampir menikah. Dalam tiga tahun itu juga dia menderita cinta. Sehinggakan ibu Vijay keliru dan sedih. Pernah ibu Vijay menanyakan siapakah gadis itu, Vijay hanya menjawab ''Nim'' dan "semua salah Vijay"

Anim sangat-sangat merasa rimas atas kewujudan Vijay! kemana ada dia pasti adanya Vijay! sehinggakan perasaan suka pada Hakimi bertukar kepada geram. "teruk betullah Kimi ni, ada pulak nak jodohkan aku dengan toyol tu. kalau dengan kau xpa jugak! em, sabar je lah Anim", rengek Anim.
Sehinggakan satu saat muncullah idea gila dia. "hehe, nak dekat sangat ke dengan aku, meh aku bagi dekat lagi"
Sejak itu Anim memberanikan diri untuk membuli Vijay. Pada mulanya Vijay geram akan tetapi dia tetap tabah demi menembusi kesilapannya 3 tahun lepas dan memperjuangkan cintanya.
Semakin seronok Anim mainkan Vijay. "saya tak suka ais ni nak ais tu", "em, tak sedaplah ais ni, tukar!", Anim membulinya tatkala di taman tema. Vijay dah macam tauke ais. Di tangannya sahaja sudah ada 10 jenis ais krim. Tapi semuanya sudah dimakan tetapi hanya sedikit. Hendak dibuang rugi, nak bagi orang tapi sudah dimakan Anim. Terpaksalah Vijay menghabiskan semua ais krim itu, 3 hari Vijay demam. Anim ketawa terbahak-bahak "itulah nak sangat dekat kat aku, kan best sampai demam bagai, cayalah toyol", Anim.
Namun itu tidak mematahkan semangat Vijay.


"Anim, kau datanglah dengan Vijay, dia tahu rumah aku", Hakimi memaklumkan sesuatu pada Anim."ok", Anim.
"Jomlah.. nanti lambat", arah Vijay tatkala di hadapan rumahnya Anim.
Sepanjang perjalanan menuju ke RUMAH Hakimi, Anim hanya diam menyepi.
"hai korang, thanks datang", ramah Hakimi tatkala Anim dan Vijay datang ke Majlis perkahwinannya dengan Fiza. Gembira tatkala melihat Anim dan Vijay beriringan.
'cantik dan baik isterinya', luah hati Anim tatkala melihat isteri Hakimi, Fiza.
Vijay merasakan sesuatu, rupa-rupanya air mata Anim mula jatuh ke lantai bumi. Disitu baru dia tahu apa yang terpendam Anim pada Hakimi.
Tanpa menjamah sesuap nasi atau hidangan, Vijay menarik tangan Anim untuk beredar dari situ. Tersentap Anim tatkala melihat riaksi Vijay padanya.
Vijay membawa Anim ke sebuah tasik yang cantik.Di situ Anim menceritakan segala-galanya pada Vijay. Anim menangis sekuat hati tatkala mengenangkan nasibnya.
Vijay juga bersimpati walaupun hatinya terluka.

Setelah peristiwa itu berlalu, hubungan Anim dan Vijay akrab. Anim mula merasakan sesuatu yang pelik kerana jantungnya selalu gelabah tatkala dekat dengan Vijay dan semakin ketagih untuknya membuli Vijay. "sabar je lah", itulah kata-kata Vijay.


Hati Seri bagai di siat-siat sembilu. "abang Danish dah ada orang lain?", itulah persoalan di dalam fikiran Seri Diyana.
4 tahun menanggung derita kanser otak dan kesilapan kakaknya, Seri Diyana begitu cekal menghadapinya.
Kakaknya, Lily Suraya, terpaksa membatalkan majlis pertunangannya dengan Vijau atau Danish.
Serilah yang terpaksa menjadi mak sanggup. Seri terpaksa ditunangkan dengan Vijay walaupun orang lain yang terpaksa.
Kakaknya melarikan diri kerana mahu mengejarkan impiannya menjadi model di Maxico. Dia terpaksa menangguhkan majlis itu. Akan tetapi dibantah keras oleh kedua orang tuanya demi menjaga maruah keluarga.
Lily memberikan amanahnya pada Seri untuk menutup mulut dan mengantikan dirinya di majlis itu. Lily juga terpaksa mengorbankan cintanya demi impiannya.
Tanggal 4 March 20XX, Seri ditunangkan oleh ibu Vijay. Seri menahan luka dihati tatkala mengenangkan nasibnya. Ibubapa Seri dan Lily begitu kecewa akan tindakan Lily yang telah melarikan diri ke Maxico demi cita-citanya.
Saat itu jugalah Seri terpaksa memutuskan hubungannya dengan Aiman. Seri mengalami tekanan emosi dan penyakitnya mula menyerang semula.
Sebelum penyakitnya teruk, Seri mahu berjumpa Vijay untuk mengetahui perkara sebenar. Ini kerana ibu Vijay tidak pernah melihat Lily, dan oleh demikian Ibunya tidak mengesyaki apa-apa.


Vijay menerima berita yang disampai Seri dengan tenang hati kerana dia sudah tahu perkara sebenarnya.Vijay tahu kerana Vijaylah yang menjemput Lily ke Airport.
Sebenarnya pertunangan Vijay adalah kerana mahu menolong Lily bebas dari Johan iaitu bekas teman lelaki Lily yang panas baran itu.
Vijay sanggup berlakon bercinta dengan Lily kerana mahu menolong Lily. Saat itu jugalah Johan tidak menggangu Lily lagi. Vijay dan Lily juga merupakan rakan baik sewaktu di sekolah.

Seri pelik akan tindakan Vijay yang tidak marah kerana terpaksa ditunangkan oleh Seri. Malah Vijay meminta Seri merahsiakan.
Seri merasakan dirinya diterima baik oleh Vijay dan saat itu Seri mula menaruh hati pada Vijay. Setiap saat dia memikirkan Vijay. "Abang Danish baik juga orangnya :)".
Saat itu jugalah Seri mencintai Vijay walaupun Vijay jarang menemuinya.
Genab sebulan, Vijay meminta memutuskan pertunangannya dengan Seri. Sememangnya Seri amat tabah dan dia menerima kata-kata itu dengan senyuman. Dia redha ketentuan Ilahi.
Walaubagaimanapun, cinta Seri tidak pernah pudar dan sejak selepas terputusnya ikatan pertunangan, penyakit Seri diserang semula dan membuatkannya di Hospital berbulan-bulan lamanya.

Selepas penyakitnya Seri sembuh ( sekarang ) , Seri membawa sejambak ros untuk Vijay ke pejabatnya, alangkah sakitnya hatinya tatkala melihat hubungan rapat dan kemesraan seorang wanita dengan Vijay. Kaki kanan Seri mahu sekuatnya pulang akan tetapi hatinya meronta-ronta diminta berjumpa Vijay. Malangnya Seri pulang dengan tangisan yang terasa sakitnya.
Sejak itu juga Seri hilang entah ke mana, mungkin dengan Lily di Maxico?

Tersepak Vijay sejambak bunga itu. Lalu diambilnya bunga itu lalu dibeleknya bunga itu. "siapa?", persoalan Vijay.
Bertapa tergejutnya dia melihat isi kandungan kad kecil itu.
"hai abang, apa khabar sekarang? ini Serilah.. he2, ingat tak? abang sebenarnya Seri nak bagitau yang Seri amat sayangkan abang dan tanpa Seri sedar, Seri jatuh cinta dengan abang. 4 tahun Seri tanggung derita kanser Seri dan Cinta Seri pada abang. Maafkan sebab cintakan abang :)", tergejut Vijay. "seri datang sini? bila? mana dia?", itulah persoalan Vijay pada Seri.


Perhubungan Vijay dan Anim semakin rapat. Saat perhubungan mereka rapat, Shiley muncul. Siapa Shiley?
Shiley adalah sepupu kepada Vijay.. Dia amat cinta akan harta dan ketampanannya Vijay. Malangnya kedatangannya adalah untuk memusnahkan Vijay kerana dahulu Shiley pernah melamar Vijey akan tetapi Vijay menolak mentah-mentah Shiley. Shiley yang sebenarnya ada mengupah seorang penyiasat untuk menyiasat perlakuan Vijay. Alangkah gembiranya Shiley tatkala Vijay sedang di lamun cinta dengan seorang gadis dan bagi Shiley inilah saat yang sesuai bagi melepaskan dendam itu.
Shiley selalu datang ke tempat kerjanya Vijay dan kacau Vijay. Malangnya, Anim tidak bekerja di situ. Shiley tidak putus asa dan dia menggunakan strategi baru iaitu menghantar gambar-gambar kepada Anim.
Mujurlah Anim berfikiran waras dan tidak mengambil tindakan kurang senang. Anim melihat dengan tenang dan menerimanya. Semakin membuak marah Shiley.
Tanpa Shiley sedar, wajahnya persis Anim. Oleh demikian Anim mengatakan ada orang yang hendak kenakan mereka berdua dengan mengedit gambarnya bersama Vijay. Malah Anim ketawa melihat gambar-gambar itu.

Anisa dan Fiza berbual-bual di sebuah cafe yang berdekatan dengan pejabatnya Anim dan Hakimi. Alangkah terkejutnya Fiza tatkala berjumpa rakan lamanya di negeri itu. Pada mulanya ingin dia pergi berjumpa sisuami tetapi Anisa yang dijumpanya.
Tatkala di situ, mata Anisa tertumpu kepada seorang gadis yang amat dia kenali dan dia benci! gadis itu Putri Shiley Amzira binti Aziz!
Mata Anisa terbuntang luas sehingga membuatkan Fiza tertanya-tanya apakah yang dilihatnya Anisa.
Terkejut juga Fiza kerana itulah Shiley. Wajah Shiley seakan-akan wajahnya Anim namun hati Shiley amatlah busuk.
Anisa menanyakan kepada Fiza kenapa ada Shiley di situ dan Fiza menerangkan tiap-tiap butir yang Shiley telah buat pada rakan suaminya itu.
Tanpa membuang masa, Anisa menceritakan apa yang ditanggungnya bersama keluarganya selama bertahun-tahun lamanya akibat perbuatan keluarganya Shiley.
"waktu umur aku 12 tahun, mom and dad aku ada satu syarikat besar di KL, dad akulah pengerusi syarikat itu. Dad aku ada buat share partners dengan ayah Shiley. Tapi tak banyak, dalam suku mcm itulah. Hidup aku masa itu memang senang. Lalu dad aku buka satu lagi cawangan di Indonesia tapi tidak diketahui mana-mana pihak kecuali our family. Not KL only, but in Malaysia we had 3 office such as at Melaka, Terengganu and Sabah. Then sewaktu syarikat dad and mom i berkembang , ayah Shiley mula diberi kepercayaan oleh dad aku. Ayah dia hancurkan keluarga kami dan akhirnya ketiga-tiga syarikat tu jadi milik dia! rumah kami, tanah kami, kereta kami, aset kami, bank kami semua kena sita and dibekukan. Time tu hidup aku memang susah, makan sehari sekali! tapi mujurlah kami ada beli rumah kampung di Pahang. Kat sana mom aku jual kuih tepi jalan dan dad aku kerani kat sekolah. Sijil mom and dad aku diorang ambil sebagai jaminan. Masa itulah aku kenal kau, Fiza. Tapi kami tabah Fiza. Kami ada Allah. Alhamdulillah, rezeki menyebelahi kami. Kami kumpul duit then berhijrah ke Indonesia sebab kos kat sana kan rendah dan kami mulakan hidup kami dengan cawangan kecil yang dad aku dirikan itu. Dan syukur alhamdulillah Fiza, berkat doa dan usaha sekarang kami ada 3 cawangan besar dan hidup kami alhamdulillah semakin senang. macam itu lah Fiza hidup aku. Sekarang aku dah jumpa bukti untuk ambil kembali Syarikat kami dulu. dan aku dah bersedia. :) dan aku takkan bagi dia hancurkan hubungan Anim and Vijay.", terang lebar Anisa lalu mengeluarkan air matanya yang laju keluar.
Saat itu, Anisa menyekat akan segala aktiviti jahat Shiley tanpa pengetahuannya. Dalam masa sama, dia meneruskan rancangannya untuk menuntut hak-hak keluarganya selama ini di muka pengadilan.


12 BULAN memperjuangkan kebenaran dan akhirnya Anisa berjaya memperjuangkan haknya dan keluarganya.
Perbuatan jahat Shiley terhadap Vijay dan Anim juga berjaya dihalang oleh Anisa.
Keluarga Shiley sudah berubah sama sekali, Hidup mewah di banglo itu lenyap sekelip mata. Akan tetapi mujurlah Anisa masih bersimpati dengan keluarga itu dan membenarkan keluarga itu menduduki rumah itu. Anisa lalunya memberikan modal sebanyak 100 000 ringgit sebagai tangungan untuk membuat modal perniagaan.
Ternyata keluarga Shiley amat memohon maaf dan insaf akan kesilapannya.


Sudah beberapa bulan hubungan mereka rapat dan inilah saatnya Vijay melamar Anim.
Pada mulanya Anim menolak kerana egonya, akan tetapi disebabkan cinta Anim menerimanya.
Pada tanggal 7/07/20XX..
Pelbagai kesabaran untuk Vijay terima tatkala melayan kerenah nakalnya Anim.
"sayang, urut abang..", pujuk Vijay sambil membuat muka comelnya itu.
"ta nak", selamba sahaja Anim berkata sambil dihadiahi jelingan tajam.
'tak nak? ok darling, u cabar suamimu ini.. tunggulah hehe', hati kecil Vijay berbicara nakal.
terus Vijay mengangkat isterinya itu menaiki tangga lalu menuju ke bilik mereka. Terkial-kial tubuh Anim ingin melepaskan diri malangnya Vijay lebih kuat..
malam itu mereka ketawa antara satu sama lain.

Geram Anim mengenangkan suaminya semalam. Sengaja dia mengenakan suaminya pagi itu. Dia memasak sarapan dan meninggalkan kerana pergi kerja terlalu awal. Pelik juga Vijay dengan Isterinya itu.
"lapar", Vijay.
Terkedu Anim membaca notis Anim. "abang sayang, seronok semalam? abang sayang, tadi masak banyak sangat la so abang habiskan semua ok, if tak habis siaplah abang!", emm, ugut aku?
Termuntah Vijay tatkala memakan sandwich buatan Anim.
"nak balas dendam ke sayang?", terkial-kial Vijay menghabiskan makanan itu. Mual Vijay menghabiskan. Sayang bini katakan.. Mana taknya bertapa masinnya dan pahitnya masakan dan minuman buatan si isteri.


Khamis, 10 April 2014


Ema dan Atan
Fatimah nasuhah atau Ema seorang gadis kampung yang baru sahaja menamatkan pelajarannya di peringkat menengah. Ema juga seorang yang panas baran. Dia amat membenci jikalau adanya manusia yang lebih daripadanya.

-Ira dan Alif-
Dia kemudiannya berjaya menempatkan dirinya di University terkemuka. Di dalam kelasnya, dialah gadis yang banyak mulut dan cantik. Akan tetapi kemasyurannya terhenti seketika dengan bocornya rahsia bahawa ada seorang lagi gadis cantik yang kaya. 
 

kembar Ira dan kakak ira
Ema pada asalnya merasakan dirinya tercabar. Meskipun Ema berasal dari kampung, akan tetapi ia tidak bermakna Ema mudah untuk dikalah. 

-haikal-
Shahirah atau Ira seorang gadis yang asalnya agak sosial tatkala berusia 15 tahun hingga 17 tahun. Namun, dia sedar bahawa tiada maknya baginya untuk kuat bersosial dan kaki shopping. Dia mula mengubah dirinya tatkala SPM dekat. Terharu dia, bahawa ibu bapanya sentiasa menyokongnya walaupun dia kadang-kadang menyakitkan ibu bapanya. 5 bulan dia berdiam kerana ingin muhasabahkan dirinya. Akhirnya dia sedikit demi sedikit berubah. Dia berjanji pada dirinya tidak ingin sosial lagi dan mula menuju ke arah jalan yang benar. Pada masa sama, dia masih mengharapkan cinta Haikal iaitu kekasih lamanya yang kini berada di Singapore.
Ema merasakan popurilitinya jatuh dengan kehadiran Ira. Ema mula merancangkan strategi menghancurkan gadis kaya itu. Sedekit demi sedikit kehidupan Ira terancam. Saat dirinya terancam dengan perangai Ema, Alif iaitu kenalan sekolah lama Ira muncul memberikan semangat padanya. Terkejut Ema, jejaka yang popular dan sombong di U-nya, merapati Ira yang simple dan langsung tidak bergaya walaupun berada.
Ema semakin terancam dan dia menukar strategi. Ema mengambil kesempatan untuk merapati Ira. Ema mula menjejak kaki ke rumah Ira. Tergamam Ema seketika tatkala merapati rumah Ira. Keluarganya amat berada dan terdapat potret Ira yang sebesar tingkap mewah meghiasi ruang santai rumah Ira. Demi hari demi hari, Ema mula meracuni keluarga Ema dengan menyingkirkan Ira dalam keluarga Ira. Akan tetapi Ema lupa bahawa Ira mempunyai kembar dan kakaknya di Turkey. Kembar dan kakaknya berada di sana kerana menemani neneknya yang keseorangan di sana. Sedikit demi sedikit, Ema berjaya menyingkirkan Ira dari keluarga Ira sendiri. Ibu Ira memakan kata-kata palsu Ema. Ema mudah memasukakan jerat kerana Ibu Ira amat baik dengannya. Saat demikian Ira hilang tempat tinggal. Mujur adanya Alif yang membantu Ira. Ira ditempatkan di rumah Alif bersama ibu Alif. Semakin hari Ira semakin terubat luka dihati. Manakala Ema pula, dia senang lenang di rumah Ibu bapa Ira. Segala makan minum, shopping, bilik, semuanya diambil alih oleh Ema hanya sekelip mata.
Bayangkanlah perasaan Ira. Namun dia tetap tidak memberitahu keluarganya di Turkey. Sampai satu saat, kediaman Alif mengalami kebakaran yang puncanya daripada Ema. Namun Ema menfitnah Ira. Ira amat tertekan, sehingga dia merasakan merubah sikapnya yang lembut itu kepada kasar demi mempertahankan maruahnya yang disiat-siat oleh Ema.

Dia mengambil surat cuti sementara dari pihak U, dia pulang ke Turkey dan menceritakan kepada keluarganya di sana. Rupa-rupanya, bapa Ira juga mengesyaki Ema menfitnahkan anak perempuannya. Namun ayahnya berdiam diri dengan mengupah orang menyiasat Ema sebenarnya. Ternyata dia salah kerana menyalahkan anak gadisnya itu. Akan tetapi ayahnya kena bersabar kerana ibu Ira baru sahaja selesai menjalankan pembedahan pada kepala akibat ketumbuhan. Oleh demikian, dia mahu menjaya perasaan isterinya itu agar tidak tertekan.

Setelah semua terjawab, Ema semakin gelabah kerana kemewahannya akan terampas pada bila-bila masa sampai satu saat dia lari ke China. Akan tetapi kapal terbang yang dinaikinya terhempas di sisir pulau yang tersorok. Semua penumpang tersebut cedera parah dan berjaya mendapatkan bantuan dari pihak terbabit. Akan tetapi Ema sahaja belum terjumpa. Hampir sebulan pencarian, lalu mereka menganggapkan Ema sudah meninggal.  Maha Kuasa Allah, Ema terselamat akan tetapi ingatannya hilang 80% kerana kepalanya terhempap batu besar disisiran pantai. Ema diselamatkan oleh seorang lelaki yang bernama Atan.

Atan seorang lelaki keturunan orang asli tetapi beragama Islam. Atan atau Muhammad Atan amat baik hati. Pada awalnya, Atan tercabar dengan perangai Ema. Disebabkan Ema tidak mengingati namanya, Atan menamakan Aisah. Ema hanya menurutinya.
Hampir 2 tahun berlalu, akhirnya Aisah dinikahkan dengan Atan. Mereka amat gembira dan sekarang Aisah mengandungkan bayi mereka.

Hampir 2 tahun kehilangan Ema, semakin hari Ira semakin bahagia bersama keluarganya. Ibunya mula sedar akan kebenaran. Ibunya amat menyesal dan amat menyanyangi Ira sebaik-baiknya.
Kepala Aisah seakan-akan mahu pecah! akhirnya seletah 4 tahun berlalu, Aisah atau Ema mula mengingati sejarah lamanya. Akhirnya dia amat menyesal dan mahu sahaja dia berdoa mahu mati. Akan tetapi adanya 2 cahaya mata dan keluarga yang amat dia sayangi tidak mahu baginya untuk meninggalkan dunia.
Ema mengumpul duitnya untuk pulang ke Malaysia. Seakan dia mahu menebuskan dosa-dosanya pada yang sudi. Akhirnya Ema kembali bersama keluarganya. Ibunya amat gembira dengan kepulangannya. Rupa-rupanya anak gadisnya masih hidup.Gembiranya hati seorang ibu tatkala melihat anaknya pulang tambahan bersama 2 si comel yang kecil.
Ema mahu memulakan hidupnya di kampung akan tetapi dia mengambil keputusan untuk ke Perak dan meneruskan hidup di sana. Dia amat malu akan kisah silamnya.

Tatkala Ira mahu menghantar anak kakaknya di tadika, dia menemui kanak-kanak comel yang bernama Sofea. Ira mula mengenali kanak-kanak itu hari demi hari. Bertapa terkejutnya melihat ibu kana-kanak itu kerana seakan Ema.

Sudah beribu maafan ditujukan akan tetapi begitu sukar untuk Ira dan keluarga memaafkan. Disebabkan Ema, Alif mula menjauhinya dan ramai kawan-kawannya membencinya. Akan tetapi Ira tabah mengharunginya. Bayangkan, saat cinta berputik bersama Alif, Ema dengan sekelip mata melenyapkannya. Cuba untuk dia rilex akan tetapi kalah. Akhirnya sekarang dia akan ditunangkan oleh Haikal iaitu kekasihnya dahulu.

Haikal muncul menagih cinta yang lama dan akhirnya cintanya disambut walaupun dalam keterpaksaan.
Tatkala hati pertunangan Haikal mengorbankan cintanya demi kebahagiaan Ira dan akhirnya Ira ditunangkan malah hari yang sama dia diijabkabulkan bersama Alif.
Tatkala majlis pernikahan Ira, Ema disahkan meninggal akibat barah jantungnya. Dia menangung derita saat kapalnya terhempas. Akibat kemiskinan Atan, dia tabah untuk menangung beban yang ada demi keluarganya yang mencari sesuap nasi.
Tatkala itu anak-anak Ema dijaga oleh keluarga Ira manakala Atan juga disahkan hilang kewarasan akibat kehilangan Ema atau AISAH!. 
ASSALAMUALAIKUM.

AGAK LAMA JUGA TIDAK ZIARAH BLOG NI.. BERHABUK SUDAH..
AKU RASA AKU NAK KARANG SENDIRI LA CERPEN..
TIDAKNYE AKU BUAT KOPI PASTA SINOPSIS DARI NOVEL-NOVEL AKU DUK BACA.
BTW TODAY AND NEXT DAY, I WANT TO CREATE OWN CERPEN..
HOPE BERJAYA LAH..

THANKS. AKU AKAN AKTIFKAN BLOG NI MACAM DULU.
AKU BLUR KAN BLOG NI PUN SEBAB KALUT STUDY.
SAMPAI HILANG MOOD AKU NAK BACA NOVEL AND RANGKA SEMULA APA AKU BACA, ALA.. MACAM AKU BUAT DULU-DULU.

THANKS JUGAK ADA YANG SUPPORT AKU. AKU HARGAI SANGAT3 .. LEBIU KAWAN..
EMM, XDA APA AKU NAK MEREPEK LAK, SO AKU CHOU DULU..
AKU AKAN SELALU UPDATE BLOG NI MACAM DULU OK!
..BAI BAI ASSALAMUALAIKUM..