Jumaat, 6 September 2013


SINOPSIS

Super Model - Romance Novel Cover Girls Illustration  32
-HANNAH MARIAM-

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu.

Love Novel Covers  : Beautiful Handsome Guys illustration  11
- UWAIS UQASYAH-

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!
Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.
"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak? 
-----------------------------------------
Stunning Soft Illustrations of  Sweet Charming Girls  15
-BATRISYA-
“Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya,
tetapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai….”
     Hannah Maryam, secantik wajahnya tapi sayangnya….cantik itu hanya pada wajah, bukan pada hati!Dia seorang yang terlalu bangga dan sombong dengan kemewahan yang dimilikinya dan sering merendahkan golongan miskin. Orang yang sering diherdik dan direndahkan martabatnya adalah SUAMinya sendiri UWAIS UKASYAH. Uwais tiada harta tapi kaya dengan kesabaran. Ermmmm agak hensem dengan dua lesung pipit di kiri dan kanan pipinya. 
Description: Romance Novel Covers  : Cool Handsome Guys illustration  27
-FAWAZ-
Hannah sebagai CEO di syarikat milik keluarga sentiasa berbangga diri dengan kemewahannya. Uwais pula hanya sebagai penjual burger. Hannah telah dipaksa kahwin oleh atoknya dengan Uwais bila tunangnya Tengku Muiz telah ditangkap basah seminggu sebelum tarikh kahwin mereka. Pangkat CEO akan ditarik jika Hannah enggan mengikut arahan atoknya. Hannah di bawah jagaan atoknya bila ibubapanya terlibat dalam kemalangan. Hahahaah memang jodoh Hannah dan Uwais…best…best..
Setiap hari Hannah menyakitkan Uwais dengan kata2 pedas termasuklah mengutuk Uwais yang hanya sebagai penjual burger berbanding dirinya sebagai CEO. Cara Uwais berpakaian pon kena kutuk, low class, takde standard, pakaian dari pasar malam dll. Hahah tapi Uwais ni memang best. Dia memang sabar jer dengan kutukan Hannah dan sering menjawab dengan Hannah. Tambah geram ler minah ni dan last2 Hannah bertambah geram dengan sikap Uwais yang selamba badak. Uwais sebenarnya bengang giler ngan Hannah tapi dia malas nak layan sifat bongkak bininya tu.
Mereka akan berlakon pasangan bahagia di hadapan keluarga masing2. Ini untuk menjaga kedudukan Hannah sebagai CEO. Dalam mereka  macam anjing dan kucing, dalam hati masing2 sebenarnya ada taman hahahaha. Benci tapi sayang. Hannah mula cemburukan cikgu Batrisya yang sekampung dengan Uwais. Batrisya memang cantik dan bersopan santun. Hannah anggap Sya sebagai perempuan gedik dan cuba menggoda Uwais.
Uwais telah meluahkan isi hatinya kepada Hannah dalam keadaan marah semasa mereka bertengkar. Hannah plak terkejut giler bile dapat tahu Uwais cintakannya. Dalam diam dia teramat suka!Dia juga baru tahu yang Uwais sebenarnya berkelulusan luar Negara dan mahir dlm bahasa arab. Cam tak caye jer mamat ni. Cemburu Hannah bertambah apabila Batrisya membantu Uwais mendapatkan kerja sebagai guru sementara di sekolah Sya. Untuk menjarakkan Sya dan Uwais, Hannah menawarkan uwais bekerja di syarikatnya sebagai pegawai diplomatic. Uwais menolak kerana ingin berdikari dan tidak mahu bekerja di bawah Hannah yg macam singa kikiki.
Uwais pula mula cemburukan Hannah dan Fawaz iaitu sepupu Hannah. Fawaz memang cintakan Hannah dan pernah hendak dijodohkan oleh atoknya dengan Hannah. Fawaz bawa diri ke Dubai bila Hannah hendak kahwin dengan Muiz. Layanan Fawaz terhadap Hannah memang naikkan temperature Uwais. Hannah pula mula menerima Uwais sebagai suami yang amat dicintainya. Hannah yang macam singa mula berubah manja. Uwais yang muka selamba mula macam perangai budak2 yg sentiasa ingin dibelai. Dia caring giler pada Hannah. Mereka macam pasangan baru bercinta. Fawaz plak menyampah tengok diorang. Hannah mula belajar memasak dengan mak Uwais.
Fawaz plak terjatuh cinta dengan Batrisya. Hahah penyakit angau Fawaz ditahap kronik. Berbagai caradibuat untuk pikat Sya. Daripada tak pernah ke surau Fawaz mula jejakkan kaki ke surau sebab sya ni anak tok imam. Semua orang dia minta bantuan untuk pikat Sya termasuklah mak Uwais. Akhirnya Sya terima jugak Fawaz sebagai kekasihnya dan mereka ditunangkan.
Uwais gembira giler bila Hannah disahkan mengandung tapi Uwais plak yang kena morning sickness. Kuasa Tuhan, pada usia kandungan 8 bulan iaitu pada tarikh Fawaz dan Sya bernikah, Hannah terjatuh bilik air dan anaknya yang dikeluarkan secara pembedahan tidak dapat diselamatkan kerana masalah jantung. Uwais menamakan anak lelakinya Unais Ukasyah. Dia amat sedih tapi bersyukur kerana Hannah selamat.
Selepas 5 tahun…..Uwais dan Hannah mempunyai sepasang anak kembar berusia 4 tahun iaitu Hannah Nafisatul Ilmi dan Daqiq Mumtazul Hayat. Happy tul family ni. Fawaz dan Sya juga mempunyai 2 orang anak iaitu Fawza dan Jannah. Selepas 5 tahun juga Uwais mengalami morning sickness bila Hannah disahkan mengandung 2 bulan. Uwais yg sebagai penjual burger telah berjaya membuka kolam ikan dan udang bersama Fawaz. Tokey besar mamat ni.
------------------------------------------------
Sedutan 1 : Bab 7
"Awak memang nak ambil kesempatan kan?"
"Kesempatan apa pulak ni?" Uwais memang tak faham dengan maksud Hannah.Ketika itu mereka berada di bilik sebaik sahaja semua yang lain sudah pulang.Memandangkan Pak Ngah Halim sekeluarga tinggal di Kuala Lumpur dan Mak Usu Sara pula di Melaka mereka tidak dapat tinggal lama di kampung itu.Kuantan dan tempat tinggal mereka bukannya dekat.
"Tak payahlah buat-buat tak faham..awak memang cari peluang untuk tinggal satu bilik dengan saya kan? sebab tu awak setuju sangat bila Tuk Ayah suruh kita tidur sini kan?Ieee..tolonglah, saya takde hati tau nak tidur satu katil dengan awak"
"Ek eleh…perasanlah pulak awak ni..saya tahu awak tak sukakan saya Hannah..tapi saya pun ada maruah. Kalau orang dah tak nak…bukan prinsip saya nak memaksa..Kalau awak tak setuju..saya lagi tak hingin!" geram pula Uwais bila acapkali dipandang serong.
"Ohh…nak tunjuk baiklah konon,mana ada kucing yang tolak ikanlah!" Hannah merenung sambil mencebir padanya.
"Ada! siapa cakap takde? kalau ikan depan kucing tu ikan masin,kucing gila pun tak nak makanlah" Uwais semakin hilang kesabaran.Bergetar suaranya kerana ditahan supaya tidak kedengaran terlalu kuat.
"Awak jangan melampau ya?" Hannah rasa terhina pula bila disamakan dengan ikan masin..please!!
"Siapa yang melampau? awak cakap saya nak ambil kesempatan kan? awak belum cukup cantiklah sampai nak menggoyah iman saya ..lagipun,takde istilah ambil kesempatan dalam hubungan kita ni..kalau awak yang tak nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri itu urusan awak dengan tuhan…Dan untuk malam yang kesekian kalinya,awak bersedia ajalah untuk terima kutukan dari para malaikat sehingga ke pagi Hannah…"
Uwais mahu segera keluar.Tak sanggup lagi rasanya dia menerima tuduhan Hannah yang selalu saja menghina dirinya.Kalau haknya sebagai suami dinafikan,dia takkan melenting kerana dia tahu..Allah pasti tahu apa yang terbaik..setiap satu yang terjadi ada timbal baliknya..Sakit hati bila Hannah masih dengan perangai angkuh dan egonya terlalu tinggi.Langsung tiada sedikitpun rasa hormat padanya.Kalau orang lain,mungkin dah lama Hannah makan penampar!
"Saya takkan tidur dalam bilik ni..tadi saya planning dengan Putera nak ikut abang Din pergi tunggu durian gugur di kebun buah-buahan..subuh nanti InsyaAllah saya balik…"
Uwais menutup pintu.Perlahan dan suasana menjadi sepi dalam bilik tidur itu.Hannah terduduk di katil.Terngiang-ngiang suara Uwais tadi…untuk malam yang kesekian kalinya,awak bersedia sajalah untuk menerima kutukan dari para malaikat hingga ke pagi… dadanya berdegup kencang.Dia rasa jemarinya mula mengggigil..begitu sekalikah beratnya dosa yang dia lakukan hanya kerana dia tidak mahu dipaksa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri? tak…aku rasa dia memang saja nak takutkan aku