Khamis, 28 Februari 2013


SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA

-zura asyfar-







  

Syafa Aqira                                                              Firash Arshad

Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.

 
Farish Adryan                                                            Haqimy                                                         

Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah.

  

Raimy                                                         Raina

Farish pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.


Mie                                                                   Farah

Perkahwinan Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syafa. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan Raina.


Zara                                                                      Fiqri

Gambar yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa menunaikan hak seorang suami. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya..


Awina                                                                    Sarah

Kemudian, selepas insident itu berlaku, Syafa Aqira melarikan diri dan bekerja di butik, milik K. Zu. Suatu hari, Syafa Aqira terserempak dengan Raimy. Raimy kemudian menawarkan Syafa kerja di pejabatnya. Syafa Aqira kemudian bersetuju. 


Kak Zu

Tanpa mengetahui yang syarikat itu adalah milik papa Firash, Syafa Aqira bekerja seperti biasa. Kemudian, Firash mendapat tahu yang Syafa Aqira bekerja dengan papanya, dia mengatur rancangan bersama papanya agar hubungan dia dengan Syaf semakin pulih. 

Datuk Fakhrul telah menceraikan Pn Aida dengan talak tiga kerana Pn Aida berselingkuh. Manakala Raina berusaha sedaya upaya untuk membuat kehidupan Firash porak peranda dengan mengugut Firash tentang video yang telah diedit oleh Raina yang licik itu.

Apakah hubungan mereka akan tetap bahagia ke anak-cucu.. aminn.. soo sweett,, iyalah- Firash yang perangainya yang sedikit kebudak-budakan itu juga romantik.. alangkah bahagianya mendapat suami yang cool macam ini.. <3

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.


"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Khamis, 21 Februari 2013

Cinta Kau dan Aku Synopsis

Cinta Kau dan Aku
-siti rosmizah-




-Nur Farisya Iman binti Rasyid -

Umurnya baru mencecah 20 tahun, namun kerana minatnya memandu, dia telah diterima bekerja sebagai Driver kepada Encik Farish Hakimi. Disebabkan rancangan ibunya, dia terpaksa mengahwini lelaki yang bernama Farish Hakimi. Namun oleh kerana, kedengkian 2 orang manusia yang berhati iblis, telah meragut kebahagiaan antara farisya dan farish itu.

Love Novel illustrations : Brautiful and Handsome Young Man Wallpaper Handsome Young Man Illustraions :  Chinese Handsome Guys Wallpaper
Farish Hakimi                                                                 C.Zulhaimi

Farish Hakimi telah menawarkan Farisya tempat tinggal iaitu di bilik di belakang banglonya. Farisya menerima tawaran itu. Sepanjang masa itu, hubungan antara Farish dan Farisya menjadi semakin rapat. Pada suatu hari, Farisya mendapat panggilan daripada ibu saudaranya di kampung bahawa ibunya dimasukan ke hospital sebab masalah jantung. Farish dan Farisya bergegas ke hospital dan memakan masa jugaklah. Setibanya di Hospital, Farisya berjumpa dengan ibunya bersama dengan Farish. Setelah Farish memperkenalkan diri sebagai bos Farisya, ibu Farisya berkenan dan dapat membaca apa yang tersirat di hati Farish. Lalu ibu Farisya menyuruh Farisya mengahwini Farish, akan tetapi Farisya menolak mentah-mentah kerana sedar siapa dirinya dengan Farish. Pada Farish, ok je, lagipun Farish sememangnya mencintai Farisya. Farisya kemudiannya menyuruh Zack menjadi pengantin lelaki pada hari perkahwinannya, lain dirancang lain yang terjadi.. HAHA! .. mana taknya, pengantin lelaki tertukar.. HAHA!

 Love Novel illustrations : Brautiful and Handsome Young Man Wallpaper      Cool Girl - Paintings of Beautiful Chinese Girls Wallpaper
Zack                                                     Farah


"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatandriver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.

Tender Girls - Beautiful Paintings of Sweet Chinese Girls Wallpaper  Love Novel illustrations : Brautiful and Handsome Young Man Wallpaper
Zamilah                                     Suami Zamilah
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Angelic Face - beautiful girls on romance novel  covers Wallpaper
Hazlyn

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Tender Girls - Beautiful Paintings of Sweet Chinese Girls Wallpaper  Soft Illustration of Beautiful Handsome Men in Romance Novels Wallpaper
Suraya                                           Suami Suraya




Sabtu, 16 Februari 2013


Bini Aku Tomboy ke?

-arisa eriza-




-Sinopsis-

ZACK: Nama sebenar... Sofi Zarill Muhammad. Nama panggilan... Zack. Penampilan... rambut pendek, t-shirt, cap dan seluar jean. Pernah menjadi kegilaan Sabariah (house mate zaman belajar di universiti) dan Arin (pembantu rumah.) Suka hati aku dengan cara penampilan aku... janji aku tak buat dosa dengan Tuhan.



ABANG DIN : Penyelamat ketika Zack kehilangan dompet di Kuala Lumpur. Bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan ditengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.
 


AZIM: Kasanova tersohor dengan ayat menggoda yang bisa mencairkan hati sang wanita. Teman sepermainan Zack sedari kecil lagi.

Siapakah akhirnya yang menjadi pilihan Zack? Sampai bila Abang Din beranggapan bahawa Zack itu adalh seorang lelaki? Adakah Azim akan bersara daripada menjadi kasanova?

Jumaat, 15 Februari 2013


M.A.I.D

-suri ryana- 





Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

 

                                          Noorul                                                                   Mr.F (Harris)

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

  
                                                     Iman                                                   Haikal


Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

 
                                                  Nurina                                                          Elisa

-ini melalui sinopsis yang sedia ada kalau nak lebih detail, belilah novel di kedai berhampiran dengan anda. hampir semua kedai buku saya cari novel ini tapi tak ada pulak. tunggulah sampai saya beli novel ini. insyaallah saya akan kongsi apa yang saya baca kepada anda, insyaallah..

Khamis, 14 Februari 2013

sinopsis Andai Itu Takdirnya Full


ANDAI ITU TAKDIRNYA

-siti rosmizah-



 
-                                   Nur Aleya                                                     Syed Adam Aizril

Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nur Aleya yang melalui setiap saat yang sukar dalam hidupnya. Selepas dia tamat belajar di oversea, dia bekerja di sebuah syarikat milik keluarga jejaka yang bernama Syed Adam Aizril. 
Pada satu malam, Aleya telah ditangkap khalwat bersama Syed Aizril dirumah Syed Aizril. Pada malam itulah bermulalah setiap penderitaan yang ditanggungnya. Aleya sedar yang Faizal telah merancangnya. Aleya dan Syed Aizril telah berkahwin, dan apabila bergelar isteri Syed Aizril, Aleya telah dibuang keluarga akibat rancangan kianat Faizal.
Selama Aleya menjadi isteri Syed Aizril, pelbagai perhinaan yang telah dia perolehi. Pada suatu malam, Aleya menegaskan Syed Aizril mencerainya di hapadan rakan-rakan namun satu tamparan kuat lalu dihadiahkan lalu Aleya pengsan, malah satu titik hitam telah terpahat dalam hidupnya apabila suaminya yang sah telah memperkosanya.

 
Umairah                                                              Iqram

Saat itu Aleya menghilangkan diri dari pandangan keluarga Syed Aizril. Dalam masa itu Aleya tinggal bersama sahabatnya, Umairah. Umairah dan Iqramlah yang banyak membantunya ketika saat itu sehinggalah kandungan Aleya membesar. 
Apabila Aleya sarat mengandungkan anak Syed Aizril, Aleya bertekad untuk pulang ke rumah agam Syed Aizril untuk mengambil semula dokument peribadinya di bilik bibik itu. Setelah mendapat kebenaran dari ibu Syed Aizril, Aleya mengambil dokument itu. Apabila langkahnya untuk kluar, Syed Aizril sedang bermesra dengan Sharifah Emilin iaitu gadis bakal dinikahinya. Panas baran yang ada dalam diri Syed Aizril tidak dapat dipertikaikan lagi, Syed Aizril memukul dan menghentakan kepala Aleya yang sarat mengandung anaknya itu tanpa sedikit belas kasihan sambil ibunya dan Sharifah Emilin melihatnya juga tanpa melakukan apa-apa. 
mujurlah Iqram dan Umairah tiba pada waktunya untu menolong Aleya yang parah itu. Aleya kemudiannya dimasukkan ke dalam hospital. Setelah beberapa jam, Aleya selamat melahirkan zuriat kembarnya yang bernama Dania dan Danish. Tapi kegembiraan Aleya tidak berpanjangan apabila, anaknya Danish meninggal dunia kerana penyakitnya. Aleya begitu sedih. baginya, dia sudah menjadi balu belum tiba masanya dan anaknya menjadi anak yatim belum tiba masanya. 
Pada Aleya, dia sudah tiada apa-apa kaitan lagi dengan Syed Aizril sebaik sahaja Syed Aizril menikahi Sharifah Emilin. 
Pada hari pernikahan Syed Aizril dan Sharifah Emilin, Syed Aizril ditimpa kemalangan bersama ibunya. Dalam saat itu, barulah ibu bapa Syed Aizril sedar akan kesalahan mereka pada Aleya.


 
                                  Sharifah Emilin                                       Faizal


bersambung... 

Rabu, 13 Februari 2013



LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU 

-siti rosmizah-




 
                        -TENGKU AQILAH-                                              -TENGKU RYAN AMEER-

Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Bapa Tengku Aqilah bernama Tengku Hisham amat membenci anak bongsunya kerana Tengku Aqilah menyebabkan ibunya Azreena, wanita kacukan Melayu-Jepun itu menderita barah payudara apabila mengandungkan Tengku Aqilah. Pn. Azreena tidak mahu menggugurkan kandungannya kerana menyangi anak dalam kandungannya biarpun suaminya berkeras menyuruhnya menggugurkan kandungan tersebut. "Abang tak setuju dengan  keadaan tindakan Reena, dalam keadaan darurat sekarang anak itu tak penting! Cuba Reena fikir secara rasional, apa makna anak itu lahir ke dunia ini sedangkan abang akan kehilangan Reena? Abang tak nak menggadaikan nyawa sayang hanya untuk mendapatkan zuriat... Lagipun sayang, ini bukan Zuriat pertama kita... kita dah ada Tasha. Kehadiran Tasha dah melengkapkan rumah tangga kita. Abang tak perlukan zuriat lagi. Kalau perlu gugurkan saja kandungan itu!", begitulah yang dicakapkan oleh Tengku Hisham kepada isterinya, Pn. Azreena. Namun demikian, ajal sudah ditetapkan oleh ALLAH yang Maha Esa, Puan Azreena telah meninggalkan dunia ketika Tengku Aqilah berusia 10 tahun dan Tengku Natasha berusia 15 tahun. Selepas itu Tengku Aqilah dibesarkan oleh nenek Farhana iaitu ibu kepada pembantu rumah bapanya, Mak Kiah. Tengku Aqilah memanggil bapanya dengan panggilan Pak Engku dan bukannya papa.


               -                              TENGKU NATASHA                                                    SYAFIQ

Sudah 13 tahun berlalu, Tengku Aqilah hidup diperantauan membina kehidupannya seorang diri. Tengku Aqilah belajar di University Florida di US, Amerika. Tengku Aqilah berjaya memegang Ijazah Ekonomi. Setibanya di Malaysia, Tengku Aqilah tinggal bersama Farhana, Pak Hassan dan Mak Kiah disebelah rumah agam bapanya.
Tengku Natasha iaitu kakak kandung Tengku Aqilah tidak pernah padam api dendam terhadap Tengku Aqilah, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai Tea Lady merangkap penyambut tetamu di syarikat bapanya sendiri. manakala si Natasha yang hanya lulusan SPM mendapat jawatan tertinggi dalam syarikat bapa mereka. Namun demikian Tengku Aqolah akur jua dan menerima jawatan tersebut dengan rela hati. Harapannya ialah agar Tengku Hisham apat menerimanya sebagai anak bongsunya. tetapi semua itu hanya angan-angan Tengku Aqilah. Malah semakin hari Tengku Hisham semakin membenci Tengku Aqilah disebabkan hasutan Tengku Natasha dan Tengku Ryan Ameer, kekasih Tengku Natasha merangkap sepupu mereka berdua.
Namun demikian Tengku Aqilah tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai Tea Lady merangkap penyambut tetamu di syarikat milik keluarganya. Tengku Aqilah tidak memaparkan imej sebenarnya malah menukar imejnya seperti gadis hodoh. bukan apa, orang cakap mukanya miri Arwah mamanya, dia tidak mahu bapanya melihat wajah aslinya kerana tidak mahu bapanya semakin membencinya.


  
                              -AZRUL BOTAK-                                                    -FARHANA-


Tengku Ryan Ameer ialah jejaka tampan kacukan Inggeris-Melayu itu begitu membenci gadis bernama Tengku Aqilah disebabkan masalah pribadi mereka. Mereka berdua tidak langsung boleh bertemu @ bertembung, pasti ada sahaja perang mulut akan meletus. Azrul Botak ialah pembantu pribadi Tengku Natasha yang dahulunya amat membenci Farhana iaitu ahabat baik Tengku Aqilah telah berubah hati menyukai Farhana dalam diam-diam. Syafiq pula ialah rakan sekerja Tengku Aqiah yang juga seorang penyambut tetamu di syarikat milik Tengku Hisham. Syafiq juga adalah anak angkat Tengku Hashim iaitu bapa Tengku Ryan Ameer. Dalam diam Syafiq menaruh perasaan pada Tengku Natasha. Akan tetapi Syafiq tetap tahu akan kedudukannya dengan Tengku Natasha.

 
                                           - Pn. Azreena -                                             -   Tengku Hisham   -