Rabu, 16 April 2014

Assalamualaikum pak cik mak cik, mak datin, ayah datuk sekalian! hahha. today aku nak merapu lagi.. Baca je lah beb.. jangan ambil tanpa kebenaran aku ok.

I HATE U BUT I LOVE U!


Tengku Fitrahanim, "pakcik makcik, tu selalu kata nama aku macam Tengku Fitrarman. Sedih la aku. Siapa tak kenal mamat tu. Selalu buli aku. Fida, aku nak tukar sekolah boleh?", ujar Fitrah kepada Fiza teman baiknya tatkala di sekolah menengah.


"hey! pompuan! kau ingat kau bagus? berambuslah dari sini, menyampah aku dengan kau!", tengking Arman kepada Fitrah.

Fitrah adalah anak kepada Tengku Razak dan Sharifah Admira dan juga anak tunggal keluarga itu. Tengku Razak hanya bekerja sebagai Setiausaha Perbadanan Negeri Melaka itu. Manakala ibunya menguruskan restauran makanan milik ibunya itu. Tengku Razak dan Tengku Murni adalah sepupu. Tatkala Fitrah dilahirkan, disitu juga Arman dilahirkan. Mereka merupakan dua pupu.


Fitrah telah berjaya dalam proses pertukaran sekolah dan dia menyambung pengajiannya di sebuah sekolah individual. Fitrah trauma dengan Arman kerana Arman selalu malukan dan membulinya di sekolah. Siapa tak kenal Arman. Lelaki yang kacak dan ramai gadis yang meminati dirinya. Arman juga anak kepada Tengku Murni dan Tengku Hashim. Yang juga anak pemilik sebuah pasaraya yang terkemuka di negeri Melaka itu. Manakala ibunya hanya suri rumah.


Arman merasa kosong kerana dia tiada mangsa buli untuk dibuli. Semakin hari dia merasakan kehilangan sesuatu walaupun sudah mempunyai kekasih (ZAYATI) . Hanya apabila hari raya sahaja dia dapat berjumpa dengan Fitrah atau hari-hari yang mempunyai kenangan atau tertentu.
Akan tetapi bertahun-tahun dia tidak bertemu Fitrah.

"kamu dah gila ke buli sepupu mu sendiri? malu ibu ada anak macam ni! macam mana ibu nak berdepan dengan mama papa Fitrah?, ish kamu ni!", marah Tengku Murni pada anak bongsunya itu.


"gila kau adik, buli Fitrah. ingatkan nak jodoh je korang tu. usaha uncle and dad give the same name to you, cayalah kau adik.", Tengku Husna pula mencelah sambil diperhatikan Tengku Akmal yang sedang beristirehat sambil meminum nescafe panas di beranda rumah mereka dan Tengku Sarah yang sedang mengelamun dari tadi.
 

Semua salahkan Arman. Bersalah Arman seketika. wait! 'jodohkan?' 'no!, never ever and ever!'


Bertahun Fitrah di kampung mamanya di Pahang. Dia juga telah berjaya mendapatkan segulung ijazah. Sekarang sudah menjadi tunangan orang. Hehe, Tunangan Syed Amar. Eh, macam turun pangkat pula, tapi tak apa sebab ini jodohan nenek padanya. 
Syed Amar merupakan Doktor di sebuah hospital sekitar bandar Pahang dan sama juga dengan Fitrah yang kini bergelar Doktor Fitrah. 

Tatkala hujung tahun, Fitrah meminta kepada mamanya untuk pulang ke kampung halaman ayahnya untuk menjenguk neneknya di situ. Agak setahun lebih dia tidak pulang. Dia mengajak tunangannya itu untuk melawat Neneknya di sana. Terasa rindu tetiba.


Terkejut Arman melihat gadis yang lawa memasuki halaman rumahnya. Fitrah! gembiranya hati Arman tatkala melihat Fitrah. Rasa bersalah menyelubungi diri. Malangnya dia terlambat apabila kepulangan Fitrah adalah untuk memberitahu dia akan berkahwin 6 bulan dari sekarang. Saat itu Arman pulang dengan perangainya yang suka membuli Fitrah. Bencinya Fitrah dengan Arman.
"cukup-cukuplah buli dan kenakan aku dulu! jangan buli Amar pula! i hate u!", tengking Fitrah kepada Arman.
Pelbagai cubaan untuk hancurkan hubungan Amar dan Fitrah dicubanya malangnya gagal.


Semakin galak Arman menganggu dirinya dan Amar. 
Malam akad nikah Fitrah dan Amar berlangsung, Amar terbabit dalam kemalangan jalan raya dan dia meninggal dunia pada malam itu. Malangnya Fitrah, Amar memohon agar Fitrah dikahwinkan dengan Amar. Terkejut mereka berdua.
Bolehkah Kucing dan Anjing bersatu?

Amar sudah mengetahui bahawa Arman menaruh hati pada Fitrah akan tetapi diselubungi ego yang tinggi.
Oleh demikian, demi  menjaga Fitrah, dia percaya Arman boleh menjaga Fitrah dengan baik. Amar hanya berbuat keputusan yang pendek. 
Amar tahu, nyawanya dalam bahaya dan dia membuat keputusan terburu-buru demi melihat mereka bahagia. Amar mengugut mereka dikahwinkan depan jasadnya yang nyawa didalam bahaya itu.

Biarpun beberapa tahun kemudian, Fitrah kembali membawa dirinya ke Jerman untuk meneruskan hidupnya manakala Arman membawa diri ke Bahgdad untuk meneruskan pengajiannya didalam Perniagaan itu.
Masing-masing dengan ego masing-masing. 

Akhirnya ibubapa mereka meminta untuk tinggal bersama malangnya tidak dipersetujui oleh mereka berdua. 
aKHIRNYA mereka terpaksa tinggal bersama kerana ugutan nenek mereka. 
Neneknya tahu mereka tidak akan bahagia kalau begini terus. Nenek mereka tinggal bersama mereka.

Pelbagai ego menyelubungi diri mereka akhirnya mereka jatuh ke lautan cinta yang belum tahu kesudahan mereka.
adakah mereka dapat berbahagia? ya akhirnya mereka bahagia walaupun Fitrah sering membuli si suami.
"sabar jelah mamat oi, inilah balasannya.", rintih Arman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan