Rabu, 13 Februari 2013



LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU 

-siti rosmizah-




 
                        -TENGKU AQILAH-                                              -TENGKU RYAN AMEER-

Tengku Aqilah seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Bapa Tengku Aqilah bernama Tengku Hisham amat membenci anak bongsunya kerana Tengku Aqilah menyebabkan ibunya Azreena, wanita kacukan Melayu-Jepun itu menderita barah payudara apabila mengandungkan Tengku Aqilah. Pn. Azreena tidak mahu menggugurkan kandungannya kerana menyangi anak dalam kandungannya biarpun suaminya berkeras menyuruhnya menggugurkan kandungan tersebut. "Abang tak setuju dengan  keadaan tindakan Reena, dalam keadaan darurat sekarang anak itu tak penting! Cuba Reena fikir secara rasional, apa makna anak itu lahir ke dunia ini sedangkan abang akan kehilangan Reena? Abang tak nak menggadaikan nyawa sayang hanya untuk mendapatkan zuriat... Lagipun sayang, ini bukan Zuriat pertama kita... kita dah ada Tasha. Kehadiran Tasha dah melengkapkan rumah tangga kita. Abang tak perlukan zuriat lagi. Kalau perlu gugurkan saja kandungan itu!", begitulah yang dicakapkan oleh Tengku Hisham kepada isterinya, Pn. Azreena. Namun demikian, ajal sudah ditetapkan oleh ALLAH yang Maha Esa, Puan Azreena telah meninggalkan dunia ketika Tengku Aqilah berusia 10 tahun dan Tengku Natasha berusia 15 tahun. Selepas itu Tengku Aqilah dibesarkan oleh nenek Farhana iaitu ibu kepada pembantu rumah bapanya, Mak Kiah. Tengku Aqilah memanggil bapanya dengan panggilan Pak Engku dan bukannya papa.


               -                              TENGKU NATASHA                                                    SYAFIQ

Sudah 13 tahun berlalu, Tengku Aqilah hidup diperantauan membina kehidupannya seorang diri. Tengku Aqilah belajar di University Florida di US, Amerika. Tengku Aqilah berjaya memegang Ijazah Ekonomi. Setibanya di Malaysia, Tengku Aqilah tinggal bersama Farhana, Pak Hassan dan Mak Kiah disebelah rumah agam bapanya.
Tengku Natasha iaitu kakak kandung Tengku Aqilah tidak pernah padam api dendam terhadap Tengku Aqilah, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai Tea Lady merangkap penyambut tetamu di syarikat bapanya sendiri. manakala si Natasha yang hanya lulusan SPM mendapat jawatan tertinggi dalam syarikat bapa mereka. Namun demikian Tengku Aqolah akur jua dan menerima jawatan tersebut dengan rela hati. Harapannya ialah agar Tengku Hisham apat menerimanya sebagai anak bongsunya. tetapi semua itu hanya angan-angan Tengku Aqilah. Malah semakin hari Tengku Hisham semakin membenci Tengku Aqilah disebabkan hasutan Tengku Natasha dan Tengku Ryan Ameer, kekasih Tengku Natasha merangkap sepupu mereka berdua.
Namun demikian Tengku Aqilah tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai Tea Lady merangkap penyambut tetamu di syarikat milik keluarganya. Tengku Aqilah tidak memaparkan imej sebenarnya malah menukar imejnya seperti gadis hodoh. bukan apa, orang cakap mukanya miri Arwah mamanya, dia tidak mahu bapanya melihat wajah aslinya kerana tidak mahu bapanya semakin membencinya.


  
                              -AZRUL BOTAK-                                                    -FARHANA-


Tengku Ryan Ameer ialah jejaka tampan kacukan Inggeris-Melayu itu begitu membenci gadis bernama Tengku Aqilah disebabkan masalah pribadi mereka. Mereka berdua tidak langsung boleh bertemu @ bertembung, pasti ada sahaja perang mulut akan meletus. Azrul Botak ialah pembantu pribadi Tengku Natasha yang dahulunya amat membenci Farhana iaitu ahabat baik Tengku Aqilah telah berubah hati menyukai Farhana dalam diam-diam. Syafiq pula ialah rakan sekerja Tengku Aqiah yang juga seorang penyambut tetamu di syarikat milik Tengku Hisham. Syafiq juga adalah anak angkat Tengku Hashim iaitu bapa Tengku Ryan Ameer. Dalam diam Syafiq menaruh perasaan pada Tengku Natasha. Akan tetapi Syafiq tetap tahu akan kedudukannya dengan Tengku Natasha.

 
                                           - Pn. Azreena -                                             -   Tengku Hisham   -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan