Sabtu, 9 Februari 2013

FIRST TIME 

Part 1

Angin meniup lembut di halaman rumah Mak Kiah dan Pak Hassan. Seorang gadis sedang leka membelek surat khabar di beranda rumah kayu itu. " Lya tolong mak kejap ", panggil seorang wanita yang berusia 40'an sedang memanggil gadis itu sambil menyahut tangannya kepada anak gadisnya. " baiklah mak, sekejap ya ", sahut gadis itu. Kemudian gadis itu melipat surat khabar yang dibacanya dengan rapi lalu pergi kepada wanita itu. "ada apa mak?", soal gadis yang bernama Nur Syarlyana Ardline binti Hassan itu. " Lya, tolong mak pergi kedai, beli rempah, mak nak masak kari kegemaran abang kau, si Shahril, diakan balik hari ni, Lya lupa ke?", soal wanita itu yang juga ibu kepada Nur Syarlyana Ardline. "oh mak! kenapa mak tak bagi tau saya!, oklah mak bak duit", marah Lya kerana tidak terlupa akan kepulangan abang kesayangannya. Tanpa berlengah lagi Lya terus mencapai kunci motor bapanya lalu meninggalkan halaman rumahnya sementara Mak Kiah hanya menggelengkan kepalanya melihat teletah Lya yang nakal itu.

"Mak!!", Mak Kiah dikejutkan oleh satu suara dari arah belakang, terkejut Mak Kiah dibuatnya dan secara automatik, " oh pocot mak hang " Mak Kiah melatah sambil senduk di tangannya memukul tepat atas kepala suara yang memanggilnya itu. "Mak! sakitlah, sampai hati mak buat dekat Ril macam ni, merajuklah dengan mak ni", marah lelaki itu yang merupakan anak kedua Mak Kiah dan Pak Hassan. "Ril!, bila sampai, terkejut mak!, mak mintak maaf nak, kamu ni pun satu takkan tak kenal dengan serangan automatik mak", jawab Mak Kiah sambil mengusap kepala anak lelakinya yang juga pemilik nama Mohd Shahril Bin Hassan. Sambil Mak Kiah dan Mohd Shahril sedang asyik berbual dengan anak lelakinya sambil disambut dengan tawa mereka berdua.
"Eh, suara siapa pulak itu?, takkanlah.." belum sempat Lya menghabiskan kata-katanya, Nur Syarlyana Ardline terus memecut laju kearah anak tangga rumahnya melihat tetamu itu. "Abang!!", jerit Lyn lalu memeluk erat lelaki yang bertubuh sasa itu. Terkejut beruang dibuatnya lelaki itu, namun lelaki itu membalas pelukan adik kesayangannya itu. Seketika kemudian mereka bertiga berborak sehingga lupa dunia dibuatnya. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan