Khamis, 28 Februari 2013


SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA

-zura asyfar-







  

Syafa Aqira                                                              Firash Arshad

Kisah percintaan selepas perkahwinan antara Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.

 
Farish Adryan                                                            Haqimy                                                         

Syafa lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish). Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak angkat Datin Farizah, pasrah.

  

Raimy                                                         Raina

Farish pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.


Mie                                                                   Farah

Perkahwinan Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan cemburu antara Firash dan Syafa. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan Raina.


Zara                                                                      Fiqri

Gambar yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa menunaikan hak seorang suami. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam, dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya..


Awina                                                                    Sarah

Kemudian, selepas insident itu berlaku, Syafa Aqira melarikan diri dan bekerja di butik, milik K. Zu. Suatu hari, Syafa Aqira terserempak dengan Raimy. Raimy kemudian menawarkan Syafa kerja di pejabatnya. Syafa Aqira kemudian bersetuju. 


Kak Zu

Tanpa mengetahui yang syarikat itu adalah milik papa Firash, Syafa Aqira bekerja seperti biasa. Kemudian, Firash mendapat tahu yang Syafa Aqira bekerja dengan papanya, dia mengatur rancangan bersama papanya agar hubungan dia dengan Syaf semakin pulih. 

Datuk Fakhrul telah menceraikan Pn Aida dengan talak tiga kerana Pn Aida berselingkuh. Manakala Raina berusaha sedaya upaya untuk membuat kehidupan Firash porak peranda dengan mengugut Firash tentang video yang telah diedit oleh Raina yang licik itu.

Apakah hubungan mereka akan tetap bahagia ke anak-cucu.. aminn.. soo sweett,, iyalah- Firash yang perangainya yang sedikit kebudak-budakan itu juga romantik.. alangkah bahagianya mendapat suami yang cool macam ini.. <3

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.


"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan