Ema dan Atan
Fatimah nasuhah atau Ema seorang gadis kampung yang baru
sahaja menamatkan pelajarannya di peringkat menengah. Ema juga seorang yang
panas baran. Dia amat membenci jikalau adanya manusia yang lebih daripadanya.
-Ira dan Alif-
Dia kemudiannya berjaya menempatkan dirinya di University
terkemuka. Di dalam kelasnya, dialah gadis yang banyak mulut dan cantik. Akan
tetapi kemasyurannya terhenti seketika dengan bocornya rahsia bahawa ada
seorang lagi gadis cantik yang kaya.
kembar Ira dan kakak
ira
Ema pada asalnya merasakan dirinya tercabar. Meskipun Ema
berasal dari kampung, akan tetapi ia tidak bermakna Ema mudah untuk dikalah.
-haikal-
Shahirah atau Ira seorang gadis yang asalnya agak sosial
tatkala berusia 15 tahun hingga 17 tahun. Namun, dia sedar bahawa tiada maknya
baginya untuk kuat bersosial dan kaki shopping. Dia mula mengubah dirinya
tatkala SPM dekat. Terharu dia, bahawa ibu bapanya sentiasa menyokongnya
walaupun dia kadang-kadang menyakitkan ibu bapanya. 5 bulan dia berdiam kerana
ingin muhasabahkan dirinya. Akhirnya dia sedikit demi sedikit berubah. Dia
berjanji pada dirinya tidak ingin sosial lagi dan mula menuju ke arah jalan
yang benar. Pada masa sama, dia masih mengharapkan cinta Haikal iaitu kekasih
lamanya yang kini berada di Singapore.
Ema merasakan popurilitinya jatuh dengan kehadiran Ira. Ema
mula merancangkan strategi menghancurkan gadis kaya itu. Sedekit demi sedikit
kehidupan Ira terancam. Saat dirinya terancam dengan perangai Ema, Alif iaitu
kenalan sekolah lama Ira muncul memberikan semangat padanya. Terkejut Ema,
jejaka yang popular dan sombong di U-nya, merapati Ira yang simple dan langsung
tidak bergaya walaupun berada.
Ema semakin terancam dan dia menukar strategi. Ema mengambil
kesempatan untuk merapati Ira. Ema mula menjejak kaki ke rumah Ira. Tergamam
Ema seketika tatkala merapati rumah Ira. Keluarganya amat berada dan terdapat
potret Ira yang sebesar tingkap mewah meghiasi ruang santai rumah Ira. Demi
hari demi hari, Ema mula meracuni keluarga Ema dengan menyingkirkan Ira dalam
keluarga Ira. Akan tetapi Ema lupa bahawa Ira mempunyai kembar dan kakaknya di
Turkey. Kembar dan kakaknya berada di sana kerana menemani neneknya yang
keseorangan di sana. Sedikit demi sedikit, Ema berjaya menyingkirkan Ira dari
keluarga Ira sendiri. Ibu Ira memakan kata-kata palsu Ema. Ema mudah
memasukakan jerat kerana Ibu Ira amat baik dengannya. Saat demikian Ira hilang
tempat tinggal. Mujur adanya Alif yang membantu Ira. Ira ditempatkan di rumah
Alif bersama ibu Alif. Semakin hari Ira semakin terubat luka dihati. Manakala
Ema pula, dia senang lenang di rumah Ibu bapa Ira. Segala makan minum,
shopping, bilik, semuanya diambil alih oleh Ema hanya sekelip mata.
Bayangkanlah perasaan Ira. Namun dia tetap tidak memberitahu
keluarganya di Turkey. Sampai satu saat, kediaman Alif mengalami kebakaran yang
puncanya daripada Ema. Namun Ema menfitnah Ira. Ira amat tertekan, sehingga dia
merasakan merubah sikapnya yang lembut itu kepada kasar demi mempertahankan
maruahnya yang disiat-siat oleh Ema.
Dia mengambil surat cuti sementara dari pihak U, dia pulang
ke Turkey dan menceritakan kepada keluarganya di sana. Rupa-rupanya, bapa Ira
juga mengesyaki Ema menfitnahkan anak perempuannya. Namun ayahnya berdiam diri
dengan mengupah orang menyiasat Ema sebenarnya. Ternyata dia salah kerana
menyalahkan anak gadisnya itu. Akan tetapi ayahnya kena bersabar kerana ibu Ira
baru sahaja selesai menjalankan pembedahan pada kepala akibat ketumbuhan. Oleh
demikian, dia mahu menjaya perasaan isterinya itu agar tidak tertekan.
Setelah semua terjawab, Ema semakin gelabah kerana
kemewahannya akan terampas pada bila-bila masa sampai satu saat dia lari ke
China. Akan tetapi kapal terbang yang dinaikinya terhempas di sisir pulau yang
tersorok. Semua penumpang tersebut cedera parah dan berjaya mendapatkan bantuan
dari pihak terbabit. Akan tetapi Ema sahaja belum terjumpa. Hampir sebulan
pencarian, lalu mereka menganggapkan Ema sudah meninggal. Maha Kuasa Allah, Ema terselamat akan tetapi
ingatannya hilang 80% kerana kepalanya terhempap batu besar disisiran pantai.
Ema diselamatkan oleh seorang lelaki yang bernama Atan.
Atan seorang lelaki keturunan orang asli tetapi beragama
Islam. Atan atau Muhammad Atan amat baik hati. Pada awalnya, Atan tercabar
dengan perangai Ema. Disebabkan Ema tidak mengingati namanya, Atan menamakan
Aisah. Ema hanya menurutinya.
Hampir 2 tahun berlalu, akhirnya Aisah dinikahkan dengan
Atan. Mereka amat gembira dan sekarang Aisah mengandungkan bayi mereka.
Hampir 2 tahun kehilangan Ema, semakin hari Ira semakin
bahagia bersama keluarganya. Ibunya mula sedar akan kebenaran. Ibunya amat
menyesal dan amat menyanyangi Ira sebaik-baiknya.
Kepala Aisah seakan-akan mahu pecah! akhirnya seletah 4
tahun berlalu, Aisah atau Ema mula mengingati sejarah lamanya. Akhirnya dia
amat menyesal dan mahu sahaja dia berdoa mahu mati. Akan tetapi adanya 2 cahaya
mata dan keluarga yang amat dia sayangi tidak mahu baginya untuk meninggalkan
dunia.
Ema mengumpul duitnya untuk pulang ke Malaysia. Seakan dia
mahu menebuskan dosa-dosanya pada yang sudi. Akhirnya Ema kembali bersama
keluarganya. Ibunya amat gembira dengan kepulangannya. Rupa-rupanya anak
gadisnya masih hidup.Gembiranya hati seorang ibu tatkala melihat anaknya pulang
tambahan bersama 2 si comel yang kecil.
Ema mahu memulakan hidupnya di kampung akan tetapi dia
mengambil keputusan untuk ke Perak dan meneruskan hidup di sana. Dia amat malu
akan kisah silamnya.
Tatkala Ira mahu menghantar anak kakaknya di tadika, dia
menemui kanak-kanak comel yang bernama Sofea. Ira mula mengenali kanak-kanak
itu hari demi hari. Bertapa terkejutnya melihat ibu kana-kanak itu kerana
seakan Ema.
Sudah beribu maafan ditujukan akan tetapi begitu sukar untuk
Ira dan keluarga memaafkan. Disebabkan Ema, Alif mula menjauhinya dan ramai
kawan-kawannya membencinya. Akan tetapi Ira tabah mengharunginya. Bayangkan,
saat cinta berputik bersama Alif, Ema dengan sekelip mata melenyapkannya. Cuba
untuk dia rilex akan tetapi kalah. Akhirnya sekarang dia akan ditunangkan oleh
Haikal iaitu kekasihnya dahulu.
Haikal muncul menagih cinta yang lama dan akhirnya cintanya
disambut walaupun dalam keterpaksaan.
Tatkala hati pertunangan Haikal mengorbankan cintanya demi
kebahagiaan Ira dan akhirnya Ira ditunangkan malah hari yang sama dia
diijabkabulkan bersama Alif.
Tatkala majlis pernikahan Ira, Ema disahkan meninggal akibat
barah jantungnya. Dia menangung derita saat kapalnya terhempas. Akibat
kemiskinan Atan, dia tabah untuk menangung beban yang ada demi keluarganya yang
mencari sesuap nasi.
Tatkala itu anak-anak Ema dijaga oleh keluarga Ira manakala
Atan juga disahkan hilang kewarasan akibat kehilangan Ema atau AISAH!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan