Selasa, 19 Mac 2013


Kampung Girl

-umi kalsom-


sinopsis

Beautiful Chinese Girl illustrations Soft Pastel Colors Wallpaper
Ainnur Azmi ialah seorang gadis kampung yang berusia 26 tahun. dia ialah graduan university oversea. seorang yang perwatakan ceria dan sopan. Ain memendam perasaan kepada Ash dari dia kecil lagi. Ain juga merupakan seorang guru bahasa inggeris di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Kampung halamannya di Yan Kedah. Ain mempunyai ibu yang bernama Puan Masyita dan ayahnya yang bernama Encik Azmi. Ain yang dahulunya pernah dilamar oleh seorang lelaki kacak yang bernama Faisal, namun demikian Ain menolaknya kerana perasaannya yang dalam kepada Ash. Merupakan Tunang dan Isteri kepada lelaki bernama Ashraf Khairi.
-Ainnur Azmi-

Love Novel illustrations : Brautiful and Handsome Young Man Wallpaper
Jejaka tampan yang bernama Ashraf Khairi bin Shahir, 28. Seorang ahli perniagaan di syarikat papanya, Encik Shahir. Jejaka bandar yang sombong dan amat tidak menyukai ganis bernama Ainnur Azmi. Tidak suka mengongsi apa-apa berkaitan miliknya kepada orang luar tambah-tambah Ainnur. Suka mencari kesalahan Ainnur. Merupakan sepupu Ainnur. Anak kedua Encik Shahir dan Puan Mazlin. Pernah menyimpan perasaan terhadap Ain Airina, gadis kacukan Arab. Mula mencuba untuk mencintai Ainnur. Akhirnya mencintai Ainnur. Seorang yang berhati kayu kepada gadis bernama Ainnur. Amat mencemburui Faisal.
-Ashraf Khairi Shahir-

Love Novel illustrations : Brautiful and Handsome Young Man Wallpaper
Seorang jejaka kacak yang bernama Faisal. Pernah melamar Ainnur tetapi Ainnur menolaknya. Memendam rasa terhadap Ainnur sejak lima tahun yang lalu dan perasaannya terhadap Ainnur masih tidak berubah. Merupakan tunangan Ain Airina, tetapi tidak menyintai gadis itu. Merupakan tunangan Ain Airina. Merupakan sepupu Ain Airina.
-Faisal-

Sweet Charming Faces - Beautiful Chinese Girl illustrations Wallpaper
Seorang gadis kacukan Arab yang bernama Ain Airina. Gadis yang pernah dicintai oleh Ashraf Khairi. Akan tetapi Ain menolak cinta Ash kerana sebab yang tertentu. Merupakan tunangan Faisal, walaupun Faisal tidak menyintai dirinya, dia tetap berusaha untuk menambat hati jejaka itu. Amat mencintai Faisal. Merupakan sepupu Faisal. 
-Ain Airina-
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
Soft  Illustraions of  Chinese Handsome Guys Wallpaper Sweet Charming Girls Paintings of Romance Novel Covers Wallpaper
Wan                                                                                                    Ainisa
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Sweet Charming Faces : Sweet Girls Paintings of Romance Novel Covers Wallpaper 
Salmi
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Romance Novel Covers : Sweet Couple Wallpaper
Abg Adam n Kk. Latifah
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan