SINOPSIS
![Super Model - Romance Novel Cover Girls Illustration 32](http://www.wallcoo.net/paint/romance_novel_cover_art_girls_19/images/%5Bwallcoo_com%5D_sweet_girls_illustration_on_romance_novel_cover_bi818.jpg)
-HANNAH MARIAM-
Perkahwinan antara dia dan Uwais
Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu
kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai
seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang
pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga
rasa pahitnya pernikahan itu.
![Love Novel Covers : Beautiful Handsome Guys illustration 11](http://www.wallcoo.net/paint/novel_books_cover_man_03/images/romnace_book_art_painting_of_hasome_man_b827.jpg)
- UWAIS UQASYAH-
Hannah Maryam, Nama secantik
wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!.
Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan
putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu
hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger
juga layak untuk dicintai!
Mampukah rumahtangga Hannah
Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran
Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan
demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin
perceraian jalan penyelesaian terbaik.
"Terima Uwais? Kau buat
lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais
disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan
beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap
sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan
elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah
jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada
masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa
yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah....
Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam
mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak
yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?
-----------------------------------------
![Stunning Soft Illustrations of Sweet Charming Girls 15](http://www.wallcoo.net/paint/romance_novel_cover_art_girls_19/images/%5Bwallcoo_com%5D_sweet_girls_illustration_on_romance_novel_cover_bi41337.jpg)
-BATRISYA-
“Seseorang itu dicintai bukan
kerana kesempurnaannya,
tetapi dia kelihatan sempurna
kerana dia dicintai….”
Hannah
Maryam, secantik wajahnya tapi sayangnya….cantik itu hanya pada wajah, bukan
pada hati!Dia seorang yang terlalu bangga dan sombong dengan kemewahan yang
dimilikinya dan sering merendahkan golongan miskin. Orang yang sering diherdik
dan direndahkan martabatnya adalah SUAMinya sendiri UWAIS UKASYAH. Uwais tiada
harta tapi kaya dengan kesabaran. Ermmmm agak hensem dengan dua lesung pipit di
kiri dan kanan pipinya.
![Description: Romance Novel Covers : Cool Handsome Guys illustration 27](file:///C:\Users\ASUS\AppData\Local\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image002.jpg)
-FAWAZ-
Hannah sebagai CEO di
syarikat milik keluarga sentiasa berbangga diri dengan kemewahannya. Uwais pula
hanya sebagai penjual burger. Hannah telah dipaksa kahwin oleh atoknya dengan
Uwais bila tunangnya Tengku Muiz telah ditangkap basah seminggu sebelum tarikh
kahwin mereka. Pangkat CEO akan ditarik jika Hannah enggan mengikut arahan
atoknya. Hannah di bawah jagaan atoknya bila ibubapanya terlibat dalam
kemalangan. Hahahaah memang jodoh Hannah dan Uwais…best…best..
Setiap hari Hannah
menyakitkan Uwais dengan kata2 pedas termasuklah mengutuk Uwais yang hanya
sebagai penjual burger berbanding dirinya sebagai CEO. Cara Uwais berpakaian
pon kena kutuk, low class, takde standard, pakaian dari pasar malam dll. Hahah
tapi Uwais ni memang best. Dia memang sabar jer dengan kutukan Hannah dan
sering menjawab dengan Hannah. Tambah geram ler minah ni dan last2 Hannah
bertambah geram dengan sikap Uwais yang selamba badak. Uwais sebenarnya bengang
giler ngan Hannah tapi dia malas nak layan sifat bongkak bininya tu.
Mereka akan berlakon pasangan
bahagia di hadapan keluarga masing2. Ini untuk menjaga kedudukan Hannah sebagai
CEO. Dalam mereka macam anjing dan kucing, dalam hati masing2 sebenarnya
ada taman hahahaha. Benci tapi sayang. Hannah mula cemburukan cikgu Batrisya
yang sekampung dengan Uwais. Batrisya memang cantik dan bersopan santun. Hannah
anggap Sya sebagai perempuan gedik dan cuba menggoda Uwais.
Uwais telah meluahkan isi
hatinya kepada Hannah dalam keadaan marah semasa mereka bertengkar. Hannah plak
terkejut giler bile dapat tahu Uwais cintakannya. Dalam diam dia teramat
suka!Dia juga baru tahu yang Uwais sebenarnya berkelulusan luar Negara dan
mahir dlm bahasa arab. Cam tak caye jer mamat ni. Cemburu Hannah bertambah
apabila Batrisya membantu Uwais mendapatkan kerja sebagai guru sementara di
sekolah Sya. Untuk menjarakkan Sya dan Uwais, Hannah menawarkan uwais bekerja
di syarikatnya sebagai pegawai diplomatic. Uwais menolak kerana ingin berdikari
dan tidak mahu bekerja di bawah Hannah yg macam singa kikiki.
Uwais pula mula cemburukan
Hannah dan Fawaz iaitu sepupu Hannah. Fawaz memang cintakan Hannah dan pernah
hendak dijodohkan oleh atoknya dengan Hannah. Fawaz bawa diri ke Dubai bila
Hannah hendak kahwin dengan Muiz. Layanan Fawaz terhadap Hannah memang naikkan
temperature Uwais. Hannah pula mula menerima Uwais sebagai suami yang amat
dicintainya. Hannah yang macam singa mula berubah manja. Uwais yang muka
selamba mula macam perangai budak2 yg sentiasa ingin dibelai. Dia caring giler
pada Hannah. Mereka macam pasangan baru bercinta. Fawaz plak menyampah tengok
diorang. Hannah mula belajar memasak dengan mak Uwais.
Fawaz plak terjatuh cinta
dengan Batrisya. Hahah penyakit angau Fawaz ditahap kronik. Berbagai caradibuat
untuk pikat Sya. Daripada tak pernah ke surau Fawaz mula jejakkan kaki ke surau
sebab sya ni anak tok imam. Semua orang dia minta bantuan untuk pikat Sya
termasuklah mak Uwais. Akhirnya Sya terima jugak Fawaz sebagai kekasihnya dan
mereka ditunangkan.
Uwais gembira giler bila
Hannah disahkan mengandung tapi Uwais plak yang kena morning sickness. Kuasa
Tuhan, pada usia kandungan 8 bulan iaitu pada tarikh Fawaz dan Sya bernikah,
Hannah terjatuh bilik air dan anaknya yang dikeluarkan secara pembedahan tidak
dapat diselamatkan kerana masalah jantung. Uwais menamakan anak lelakinya Unais
Ukasyah. Dia amat sedih tapi bersyukur kerana Hannah selamat.
Selepas 5 tahun…..Uwais dan
Hannah mempunyai sepasang anak kembar berusia 4 tahun iaitu Hannah Nafisatul
Ilmi dan Daqiq Mumtazul Hayat. Happy tul family ni. Fawaz dan Sya juga
mempunyai 2 orang anak iaitu Fawza dan Jannah. Selepas 5 tahun juga Uwais
mengalami morning sickness bila Hannah disahkan mengandung 2 bulan. Uwais yg
sebagai penjual burger telah berjaya membuka kolam ikan dan udang bersama
Fawaz. Tokey besar mamat ni.
------------------------------------------------
Sedutan
1 : Bab
7
"Awak
memang nak ambil kesempatan kan?"
"Kesempatan
apa pulak ni?" Uwais memang tak faham dengan maksud Hannah.Ketika itu
mereka berada di bilik sebaik sahaja semua yang lain sudah pulang.Memandangkan
Pak Ngah Halim sekeluarga tinggal di Kuala Lumpur dan Mak Usu Sara pula di
Melaka mereka tidak dapat tinggal lama di kampung itu.Kuantan dan tempat
tinggal mereka bukannya dekat.
"Tak
payahlah buat-buat tak faham..awak memang cari peluang untuk tinggal satu bilik
dengan saya kan? sebab tu awak setuju sangat bila Tuk Ayah suruh kita tidur
sini kan?Ieee..tolonglah, saya takde hati tau nak tidur satu katil dengan
awak"
"Ek
eleh…perasanlah pulak awak ni..saya tahu awak tak sukakan saya Hannah..tapi
saya pun ada maruah. Kalau orang dah tak nak…bukan prinsip saya nak
memaksa..Kalau awak tak setuju..saya lagi tak hingin!" geram pula Uwais
bila acapkali dipandang serong.
"Ohh…nak
tunjuk baiklah konon,mana ada kucing yang tolak ikanlah!" Hannah merenung
sambil mencebir padanya.
"Ada!
siapa cakap takde? kalau ikan depan kucing tu ikan masin,kucing gila pun tak
nak makanlah" Uwais semakin hilang kesabaran.Bergetar suaranya kerana
ditahan supaya tidak kedengaran terlalu kuat.
"Awak
jangan melampau ya?" Hannah rasa terhina pula bila disamakan dengan ikan
masin..please!!
"Siapa
yang melampau? awak cakap saya nak ambil kesempatan kan? awak belum cukup
cantiklah sampai nak menggoyah iman saya ..lagipun,takde istilah ambil
kesempatan dalam hubungan kita ni..kalau awak yang tak nak jalankan
tanggungjawab sebagai isteri itu urusan awak dengan tuhan…Dan untuk malam yang
kesekian kalinya,awak bersedia ajalah untuk terima kutukan dari para malaikat
sehingga ke pagi Hannah…"
Uwais
mahu segera keluar.Tak sanggup lagi rasanya dia menerima tuduhan Hannah yang
selalu saja menghina dirinya.Kalau haknya sebagai suami dinafikan,dia takkan
melenting kerana dia tahu..Allah pasti tahu apa yang terbaik..setiap satu yang
terjadi ada timbal baliknya..Sakit hati bila Hannah masih dengan perangai
angkuh dan egonya terlalu tinggi.Langsung tiada sedikitpun rasa hormat
padanya.Kalau orang lain,mungkin dah lama Hannah makan penampar!
"Saya
takkan tidur dalam bilik ni..tadi saya planning dengan Putera nak ikut abang
Din pergi tunggu durian gugur di kebun buah-buahan..subuh nanti InsyaAllah saya
balik…"
Uwais
menutup pintu.Perlahan dan suasana menjadi sepi dalam bilik tidur itu.Hannah
terduduk di katil.Terngiang-ngiang suara Uwais tadi…untuk malam yang kesekian
kalinya,awak bersedia sajalah untuk menerima kutukan dari para malaikat hingga
ke pagi… dadanya berdegup kencang.Dia rasa jemarinya mula mengggigil..begitu sekalikah
beratnya dosa yang dia lakukan hanya kerana dia tidak mahu dipaksa menjalankan
tanggungjawab sebagai isteri? tak…aku rasa dia memang saja nak takutkan aku